Apa guna solat tapi tayang body, Baby Shima dikritik

Apa guna solat tapi tayang body?

Penyanyi Baby Shima menempelak tindakan seorang individu yang sewenang-sewangnya mempersoalkan ibadah solat hanya kerana imejnya yang tidak menutup aurat.

Shima berkata, tidak wajar untuk seseorang menghakimi individu lain terutama perihal ibadah dan keimanannya.

“Semalam ada muat naik satu video di TikTok, lepas tu ada seorang mamat ni dia cakap, ‘apa guna solat tapi tayang body?’

“Seakan-akan kau seorang saja yang boleh solat, seakan-akan kau seorang saja yang boleh tentukan sah atau tidak sah solat.

“Disebabkan kau seorang yang berfikiran kotor, kalau orang bertutup litup bagai pun, fikiran kau tetap kotor. Kau kutuk-kutuk aku tapi aku tengok kau punya following tu banyak perempuan-perempuan seksi. Bukankah itu namanya munafik? Kalau nak tegur biarlah bertempat dan cermin diri dahulu,” katanya dalam satu hantaran video di Instagramnya.

Menurut Shima, dia mengingatkan individu itu supaya tidak menghakimi orang hanya pada luaran semata-mata.

“Cukuplah kau adili orang. Kau hanya tengok daripada luaran saja. Tapi kau tak tahu niat seseorang tu. Kau takkan tahu, cuma Allah saja tahu,” katanya. HM

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Apa guna solat tapi tayang body?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ada sokongan jitu tapi takut nak berdepan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker