Didie sedih kematian lima ahli keluarga akibat COVID-19

Didie sedih kematian lima ahli keluarga akibat COVID-19

Kehilangan lima ahli keluarga akibat COVID-19 dalam tempoh singkat memberi kesan emosi kepada pelakon, pelawak dan pengacara, Didie Alias.

Masih trauma dan sedih dengan nasib malang menimpa insan tersayang, Didie atau nama sebenar, Fadzilah Mohd @ Ali, 49, mengaku semakin paranoid dengan situasi penularan pandemik COVID-19 sekarang.

“Saya rasa terkesan apabila satu demi satu anggota keluarga pergi akibat COVID-19. Bermula dengan ibu saudara iaitu adik bongsu sebelah emak.

“Kemudian diikuti nenek saudara, bekas abang ipar dan dua sepupu yang membesar bersama-sama. Luluh rasa hati apabila hanya mampu melihat jenazah mereka yang sudah siap dikapan melalui video yang dikirim.

Perkongsian dimuat naik Didie di Instagram (IG) memaklumkan kehilangan lima ahli keluarga dalam tempoh singkat akibat COVID-19. Foto IG Didie Alias
Perkongsian dimuat naik Didie di Instagram (IG) memaklumkan kehilangan lima ahli keluarga dalam tempoh singkat akibat COVID-19. Foto IG Didie Alias
“Semakin hari, virus ini semakin hampir dengan kita apabila anggota keluarga sendiri menjadi mangsa,” katanya kepada BH Online.

Tidak sanggup situasi sama berulang atau menimpa orang lain, Didie memohon semua pihak agar sentiasa menjaga kesihatan diri dengan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP).

“Antara mangsa adalah insan yang rapat dengan saya. Bayangkan, kami sudah lama tidak berjumpa dan bagaimana perasaan apabila tiba-tiba dikhabarkan mereka sudah meninggal dunia.

“COVID-19 bukanlah sesuatu rekaan. Harapan saya semua orang dapat melaksanakan tanggungjawab masing-masing agar penularan wabak ini dapat dikekang,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, pelakon yang terkenal dengan watak antagonis itu turut meluahkan kebimbangan peningkatan kes positif COVID-19.

“Emak saya kini berada di Melaka bersama adik. Apabila dapat tahu ada kejadian positif COVID-19 di kawasan berhampiran, saya jadi takut dan berkali-kali berpesan agar tidak keluar rumah dan menjaga kebersihan.

“Dalam keadaan sekarang, kita kena sentiasa jaga diri. Tidak lama lagi, iaitu selepas mendapat suntikan kedua vaksin COVID-19, saya akan kembali ke lokasi drama Cukup Derita Itu untuk menyambung penggambaran.

‘Kalau ikutkan perasaan memanglah takut untuk bekerja terutama apabila angka kes makin meningkat. Tetapi sudah namanya kerja, kenalah buat.

“Cuma saya kena ambil langkah keselamatan yang lebih dan sentiasa patuh kepada SOP,” katanya yang mula dikenali menerusi filem Kanta Serigala dan Boss ini. BH

Didie sedih kematian lima ahli keluarga akibat COVID-19


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Buktikan sokongan majoriti di Parlimen jalan terakhir PM

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker