Lelaki wajah mirip Brad Pitt sering diganggu ‘wanita obses’

Lelaki wajah mirip Brad Pitt sering diganggu ‘wanita obses’

LONDON: Seorang lelaki yang wajahnya mirip pelakon Hollywood, Brad Pitt memaklumkan dia terpaksa memadam akaun dalam aplikasi temu janji selepas diganggu beberapa wanita.

Nathan Meads, 35, yang tinggal di Oxford dan bekerja sebagai buruh pembinaan memberitahu dia turut mencari rezeki dengan menjadi ‘peniru Brad Pitt’ sebagai kerjaya sambilan.



Bapa kepada dua anak itu memulakan kerjay’a sambilan itu sejak tiga tahun lalu selepas banyak pihak memberitahu wajahnya begitu mirip dengan Pitt.

Hasil kerjaya itu, Pitt mula dikenali ramai dan kehidupannya mula berubah.

“Orang ramai mula beritahu wajah saya mirip dengan Pitt sejak saya berusia 20 tahun, namun pada mulanya saya hanya menganggap ia sebagai gurauan.

“Kemudian, saya menghantar gambar saya kepada beberapa agensi permodelan dan mereka setuju untuk bekerjasama dengan saya,” katanya.



Namun, keadaan mula jadi ‘tidak selesa’ selepas Meads menjadi sasaran golongan wanita yang obses dengan pelakon Hollywood tersebut.

Katanya, dia sering dihubungi ramai wanita, termasuk panggilan video untuk melihat sama ada dia lelaki sebenar atau sebaliknya.

“Saya dituduh memalsukan profil dalam aplikasi temu janji, malah dikatakan mengelirukan golongan wanita.

“Setakat ini, saya tidak mahu berkahwin lagi dan fokus utama adalah untuk besarkan anak-anak saya,” ujarnya.



Meads juga memberitahu, biarpun kini dikenali ramai dan bekerjasama dengan beberapa selebriti, kehidupannya tetap sama dan dia masih bekerja sebagai buruh pembinaan.

“Saya adalah diri saya. Tidak kira wajah saya sama seperti mana-mana personaliti, saya tetap Nathan Meads,” jelasnya. Utusan

Lelaki wajah mirip Brad Pitt sering diganggu ‘wanita obses’


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Soalan mudah pun tunggu Isnin nak jawab



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker