PAS mansuh jawatan penyelia DUN, Parlimen dimenangi UMNO, PPBM

Kerajaan PAS Kelantan akan memansuhkan jawatan pegawai penyelia yang dilantik bagi menguruskan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenangi oleh UMNO dan PPBM, mulai tahun depan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah berkata sehubungan itu juga, semua peruntukan yang sebelum ini diuruskan oleh penyelia terbabit akan disalurkan terus kepada wakil rakyat yang berkenaan.

“Selama ini kita ada pegawai penyelia di kawasan DUN dan Parlimen yang kita kalah sama ada kepada UMNO atau PPBM.

“Mengambil semangat kerjasama, mulai 2021 kerajaan negeri bersetuju untuk memansuhkan jawatan penyelia di kawasan itu bagi memberi ruang kepada wakil rakyat di situ untuk berperanan sama ada daripada UMNO dan PPBM,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di Kota Darul Naim, semalam.

Beliau berkata individu yang memegang jawatan penyelia terbabit akan dilantik sebagai pegawai seranta di bawah Pejabat Menteri Besar.

“Jumlah penyelia yang dimansuhkan jawatan ini ialah mengikut kawasan yang tidak dimenangi oleh PAS seperti Parlimen Jeli, Machang, Tanah Merah, Ketereh, Gua Musang serta beberapa kawasan DUN seperti Kok Lanas dan Galas,” katanya. Bernama

Semua ADUN Perak terima peruntukan RM200,000

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker