Sissy Iman mampu kendali Muzik-Muzik

Sebaran :

Sissy Iman mampu kendali Muzik-Muzik

Pengacara baru Muzik-Muzik, Sissy Iman percaya diri

KUALA LUMPUR: Penyanyi Sissy Imann, 25, menepis andaian pemilihannya sebagai pengacara baru program Muzik-Muzik mungkin dilihat tidak mampu memancing jumlah penonton yang tinggi selain dibandingkan dengan pengacara sebelumnya.

Menurutnya, setiap orang mempunyai kelebihan masing-masing selain penonton juga berhak menilai manakala dia percaya tentu ada sebab mengapa penerbit program melihat dirinya sesuai berada di posisi baru tersebut.

“Tak perlu ada perbandingan sebab semua orang ada kelebihan tersendiri. Sebenarnya kerisauan saya bukan kepada soal menjadi pengganti pengacara sebelumnya. Tetapi melihat kepada program Muzik-Muzik itu sendiri.

“Bagi saya ia sebuah program yang besar dan semua orang tahu reputasi Muzik-Muzik sebagai sebuah program gah di TV3. Saya cuba pikul amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan baik.

“Adalah juga risau bab menggantikan pengacara itu sebab mereka yang terdahulu juga adalah idola-idola saya namun tidaklah terlalu memberi tekanan. Saya fikir lebih baik menjadi diri sendiri sahaja,”katanya.

Sissy berkata demikian semasa ditemui dalam sidang media secara virtual bersama penerbit eksekutif program berkenaan, Jamil Hassan.

Selain itu, kata Sissy, dia juga tidak dapat menolak berasa teruja dengan tawaran yang diberikan kerana ia mampu melonjakkan lagi karier seninya yang telah dibina sejak tahun 2013.

“Sebenarnya sudah lama saya mahu mengacarakan sesuatu yang besar seperti ini. Ia juga satu langkah yang besar lebih-lebih lagi semua orang tahu saya bukan hadir dalam industri sebagai seorang pengacara, tetapi sebagai penyanyi, penulis lagu dan sebagainya.

“Ini cabang baru dalam kerjaya dan saya seronok dapat mengembangkan lagi karier seni.

“Dari kecil lagi,masa berusia lima tahun bermain muzik, saya sudah dapat rasakan kekuatan muzik itu sendiri. Itu antara sebab saya menerima tawaran ini,”katanya.

Sissy akan memulakan tugasnya sebagai pengacara baru program berkenaan pada 1 Ogos ini dan akan bergandingan bersama Alif Satar sebagai pasangan pengacaranya.

Terdahulu, Muzik-Muzik pernah membawakan nama-nama besar sebagai pengacaranya dan antaranya termasuk Cheryl Samad, Faizal Ismail, Fara Fauzana, Awal Ashaari, Sherry Al Hadad dan Daiyan Trisha. Utusan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


https://mykmu.net/2021/07/26/pm-cirit-birit-boleh-umum-kenapa-ordinan-darur


Sebaran :

Leave a Reply