Wang coli tidak akan diterima

Wang coli tidak akan diterima

Tidak mahu terima wang disimpan dalam coli

Ireland: Seorang pemilik kedai menampal notis pemberitahuan di depan kedainya tidak menerima wang dibayar pelanggan yang diletakkan dalam coli.

Portal Metro melaporkan, Michael Flynn muak dengan sikap pelanggan yang membayar menggunakan wang tunai disimpan dalam coli ketika suhu mencecah lebih 30 darjah Celsius ketika ini.

Dia berusaha menghentikan kebiasaan itu dengan menampal notis pemberitahuan pada poster di luar kedainya di Dublin.

‘Tidak (dibenarkan) wang coli. Oleh kerana suhu meningkat, dan untuk keselamatan diri, kami tidak akan menerima wang coli. Maaf atas sebarang kesulitan.’

Berikutan kepanasan melampau di Dublin ketika ini, urus niaga yang selamat dengan penjarakan sosial, pemilik restoran itu tidak dapat menerima wang yang disimpan dalam coli, yang didakwa menjadi kebiasaan wanita di situ.

“Kami meminta semua pelanggan untuk tidak membayar dari coli mereka dan menyimpan wang kertas Euro anda dalam beg tangan setiap masa,” katanya.

Ramai pelanggan menganggap peraturan baru itu lucu, namun ada juga berpendapat ia adalah sikap seksis kerana lelaki juga menyimpan wang dalam seluar mereka.

Seorang pengguna Facebook bernama Jennifer Fox berpendapat polisi Michael itu ‘tidak masuk akal’.

“Asalkan wang Euro, anda perlu terima saja,” tulisnya. HM

Wang coli tidak akan diterima


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Awal Ashaari diberi notis 2 minggu tinggalkan Melodi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker