31 Tahun Sudirman Tinggalkan Kita, Tetap Dalam Kenangan

31 Tahun Sudirman Tinggalkan Kita, Tetap Dalam Kenangan

Tanggal 22 Februari ternyata meninggalkan kesan buat industri hiburan tanah air kerana kehilangan sebutir bintang yang dikenali sebagai Datuk Sudirman Haji Arshad.

Buat pengetahuan korang, hari ini genap 31 tahun pemergian Allahyarham Sudirman meninggalkan kita. Al-Fatihah.



Minat dalam bidang muzik pada usia muda

Sudirman dilahirkan pada 25 Mei 1954 di Temerloh, Pahang. Beliau memulakan kerjayanya dalam bidang muzik apabila dinobatkan sebagai juara Bintang RTM pada Ogos 1976.

Selain itu, beliau juga satu-satunya pemegang gelaran ‘Penghibur Nombor 1 Asia’ dari Pahang sebelum kehadiran Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Di samping itu, terdapat juga gelaran yang lain untuk beliau seperti ‘Penghibur Milik Masyarakat’, ‘Seniman Rakyat’ dan ‘Elvis Malaysia’.



Sepanjang 16 tahun kerjayanya dalam industri seni suara tanah air, Sudirman telah merakamkan 15 album studio, 52 album kompilasi dan puluhan lagu hitsnya serta memenangi pelbagai anugerah tempatan dan antarabangsa. Sudirman meninggal dunia pada 22 Februari 1992 selepas tujuh bulan bertarung dengan penyakit radang paru-paru pada usia 37 tahun.

Antara lagu-lagu hits Sudirman yang masih bermain di corong-corong radio dan menjadi pilihan pendengar ialah, Merisik Khabar, Nilai Cintamu, Milik Siapakah Gadis Ini, Terasing, Anak Gembala, Pelangi Petang, Salam Terakhir, Kau Akan Kembali dan banyak lagi. OB

31 Tahun Sudirman Tinggalkan Kita, Tetap Dalam Kenangan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khazrul Elzey mengaku tidur dengan Zarina Anjoulie (Video)

Takiyuddin ‘serang’ Zahid, sekali Rayer pertahan



Model baharu PROTON, Honda bakal perkukuh DRB-Hicom



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker