Reen Rahim dapat tajaan nikah RM15 juta

KUALA LUMPUR: Selepas dua tahun mengenali hati budi, pelakon sensasi Reen Rahim bakal mengakhiri zaman bujang dengan jejaka pilihan yang dikenali sebagai Mr. H hujung bulan ini.

Bagaimanapun, Reen enggan berkongsi tarikh dan identiti pasangan pilihannya yang enam tahun lebih muda daripadanya untuk menjaga privasi.

Bagi pelakon filem Daddyku Gangster itu, dia sebelum ini tidak terbuka hati untuk berkahwin tetapi percaya akan takdir yang sudah tertulis buat dirinya.

“Saya tidak akan mendedahkan identiti bakal pasangan buat masa ini. Apa yang boleh dikongsikan ialah dia lebih muda enam tahun berbanding saya dan merupakan seorang ahli perniagaan serta ada sedikit penglibatan dalam industri hiburan.

“Kami sudah berkenalan sekitar dua tahun tetapi tidak ada komitmen dalam perkahwinan. Namun, dalam diam kami suka sesama sendiri.

“Tidak tahu apa agaknya doa keluarga, akhirnya kami berdua terbuka hati untuk menghalalkan ikatan dan berjanji untuk saling menjaga hingga ke akhir hayat,” ujar Reen ketika ditemui di sidang akhbar pengumuman majlis perkahwinannya di Irama Dining, KL.

Kongsi Reen lagi, mereka sebenarnya sudah bertunang pada Ogos lalu tanpa pengetahuan ramai dan sedang mengadakan persiapan majlis yang bakal diadakan dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, dia memaklumkan akan mengadakan tiga majlis atas pertolongan daripada kawan-kawan dan tajaan daripada beberapa penaja.

“Saya sudah mengikat tali pertunangan pada 12 Ogos lalu dan kini sedang membuat persiapan bernikah pada hujung tahun ini.

“Pada awalnya saya hanya merancang untuk buat satu majlis sahaja tetapi memandangkan ada pihak yang sudi menaja kami, jadi kami memutuskan untuk menganjurkan tiga mahlis iaitu malam berinai, akad nikah, dan resepsi.

“Kesemua majlis juga diuruskan sahabat saya kerana mereka tidak mahu menyusahkan saya. Mereka mahu saya gembira pada hari bahagia saya nanti,” tambah pelakon dan juga model itu.

Lebih meriah, Reen meluahkan rasa syukur kerana menerima pelbagai bentuk tajaan yang menelan kira-kira RM15 juta.

Jelas pelakon dan juga model itu, dia tertarik dengan personaliti bakal pasangannya kerana sifat penyayang.

“Sebenarnya ciri-ciri lelaki idaman saya ialah berpengalaman menjadi pengasuh sebab saya merupakan kanak-kanak riang.

“Tidak semua lelaki yang boleh tahan dan jinakkan perangai saya. Itu yang membuatkan saya hormat dengannya.

“Meskipun saya merupakan seorang wanita berdikari, saya juga mahu dikawal oleh seseorang. Tiada selain dia yang boleh berbuat demikian,” katanya

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Terima kasih Annuar bongkar Muhyiddin beri duit pada UMNO

Raba payu dara sepupu isteri, lelaki didakwa

Wan Fayhsal buat laporan polis terhadap Anwar

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker