Scha Elinnea padam foto seksi, nak jadi baik

Scha Elinnea padam foto seksi, nak jadi baik

Pelakon cantik Scha Elinnea merasakan sudah sampai waktu untuk perlahan-lahan berubah ke arah kebaikan dan mengubah imej dirinya yang selama ini dikenali dengan imej seksi.

Scha atau nama sebenarnya Natasha Mohamed Mubeen berkata, teguran ramai, terutama peminat dalam sosial antara yang menggerakkan hatinya untuk memadam gambar-gambar seksi dalam Instagramnya yang selama ini mengundang banyak teguran dan komen negatif.

“Tidak dinafikan memang saya menerima banyak kiriman mesej (DM) dalam Instagram yang marah dan tegur tentang penampilan saya yang seksi. Apa yang boleh saya katakan kepada mereka, doakan yang baik-baik.

“Tetapi alhamdulillah, boleh dikatakan sekarang saya sebenarnya sudah banyak memadam foto-foto lama yang seksi dalam Instagram. Saya manusia biasa dan sentiasa buat salah namun saya percaya sebagai manusia kita boleh berubah untuk jadi yang lebih baik,” katanya.

Scha yang ditemui ketika sidang media virtual drama Si TikTok berkata, keputusan memadam foto seksi dibuat tanpa desakan atau paksaan mana-mana pihak, sebaliknya niat tersebut hadir dengan hati yang ikhlas, selain tersentuh dengan teguran ramai.

Tambah pelakon berusia 22 tahun itu, situasi pandemik dengan penularan Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan yang seolah-olah tiada penamat membuatkan dia terfikir tentang baik buruk segala tindakan yang dilakukan.

“Saya tinggal seorang diri. Kadang-kadang saya terfikir dan bercakap dengan diri sendiri sampai bila saya harus begini (tampil seksi)? Saya fikir memang saya kena berubah untuk jadi yang lebih baik.

“Untuk pengikut saya dalam Instagram, nak tegur boleh, tetapi biarlah dengan cara yang sepatutnya. Kalau tegur saya dengan cara baik, itu akan membuatkan hati saya lebih lembut,” katanya.

Sebelum ini, pelakon drama Mr. Grey itu pernah mengundang kontroversi apabila menarik perhatian umum menerusi sekeping gambar menjolok mata yang memaparkan tatu berbentuk tulisan pada badannya.

Bukan itu sahaja, pelakon asal Sungai Petani, Kedah itu turut pernah memuat naik foto memakai baju seperti pakaian mandi (bikini) yang mendedahkan sebahagian besar bahagian dadanya. K Online

Scha Elinnea padam foto seksi, nak jadi baik


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bayaran pertama KWSP i-Citra mulai 2 dan 5 Ogos

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker