Awal, Janna tidak lagi menjadi hos Melodi?

Sebaran :

Awal, Janna tidak lagi menjadi hos Melodi?

Kuala Lumpur: “Kita lagi seminggu baru habis.”

Demikian jawapan ringkas dan ‘penuh makna’ dibuat pengacara Melodi, Awal Ashaari ketika rakan gandingannya, Janna Nick bertanya bilakah mereka bakal habis bersiaran ketika program itu disiarkan di TV3, sebentar tadi.

Janna kemudian dilihat cuba mengalihkan soalan dengan bertanya, adakah program Melodi sudah tamat untuk minggu ini dan Awal terus memberitahu edisi minggu ini sudah pun berakhir.



Pertanyaan Janna dan jawapan yang diberikan Awal pada penghujung program Melodi itu seakan-akan kedengaran pelik dan menjadi tanda tanya adakah minggu hadapan bakal menyaksikan episod terakhir mereka sebagai pengacara.

Tidak hanya itu, Janna dan Awal dilihat menyanyikan lagu berunsur perpisahan ketika program itu bersiaran.

Janna pada awalnya menyanyikan lagu daripada kumpulan Indonesia, ST12 berjudul Saat Terakhir yang menyebut ‘inilah saat terakhirku melihat kamu’.

Manakala, Awal pula menyanyikan bait lirik ‘Selamat Jalan Romeo’ yang dipetik daripada Lagu Hits Buatmu nyanyian Shamsul Ghau Ghau pada akhir rancangan itu. HM



Awal, Janna tidak lagi menjadi hos Melodi?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kluster menteri buat keputusan songsang


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published.