Anju loud tapi hatinya baik – Zoey

Anju loud tapi hatinya baik – Zoey

Menafikan gosip menjalin hubungan istimewa dengan Zarina Anjoulie, pelakon dan usahawan, Zoey Rahman menjelaskan mereka sekadar berkawan baik.

Zoey atau nama sebenar, Mohd Hairey Abdul Rahman, 36, memberitahu dia sudah lama mengenali Zarina ketika sama-sama membintangi filem Lagenda Budak Setan pada 2010.



“Kami berkenalan sejak 2010. Kami berjumpa semula tahun ini dan mula rapat.

“Biarpun Anju (panggilan mesra untuk Zarina) ‘loud’ (lantang bersuara), namun, dia baik hati. Cuma orang tak nampak kebaikannya.

“Kalau hendak dibandingkan dengan sesetengah orang yang tampak baik tetapi di belakang suka mengata, Anju berbeza.

“Kalau dia tak suka, dia akan cakap tak suka. Anju tidak mengata di belakang, dia tak hipokrit. Saya lebih suka berkawan dengan orang sepertinya daripada mereka yang hipokrit,” katanya kepada BH Online.



Spekulasi konon Zoey dan Zarina menjalin hubungan rapat timbul selepas Zoey memuat naik foto mereka di Instagram (IG).

Diusik pertanyaan ada peminat mendoakan mereka bertemu jodoh, Zoey tidak menolak jika ditakdirkan hidup berdua.

“Kalau ada jodoh panjang, mengapa tidak. Anju matang dan dia sentiasa positif,” katanya.

Zoey mengaku terlintas dalam fikiran pandangan ramai sebelum memuat naik foto bersama Zarina di IG.



“Saya tahu pengikut akan memperkatakannya. Tetapi kita tidak boleh memuaskan hati semua pihak. Orang pun tidak boleh menghakimi apa yang mereka nampak.

“Kita tidak tahu penghujung hidup kita bagaimana. Tidak semestinya yang nampak jahat sekarang, hujung hidupnya begitu,” katanya.

Ditanya apakah entri dimuat naik gimik bagi mempromosikan produk Mika Series yang diusahakannya, Zoey menjelaskan dia tidak mempunyai kepentingan bertindak sedemikian.

“Kami tiada produk baharu yang mahu dikeluarkan. Kalau hendak kata teknik pemasaran, Mika Series sudah pun berjaya.



“Saya juga perlu menjaga hati pelanggan. Saya tidak boleh membuat teknik pemasaran murahan,” katanya yang merancang menjual snek selepas ini.

Namun, Zoey tidak menolak perhatian diraih membantu mempromosikan jenama Mika Series biarpun gosip tercetus bukan batu loncatan untuk produk lebih dikenali.

Dalam perkembangan lain, Zoey tidak dapat memulakan penggambaran dua drama berikutan penularan pandemik COVID-19.

“Produk yang ditayangkan sekarang adalah musim kedua drama Black di platform Viu,” katanya.



Zoey berpendapat artis dan selebriti tidak boleh terlalu bergantung kepada karier seni sebagai sumber rezeki.

“Kita sebagai selebriti kena jadi ikon kepada orang lain. Kita perlu ada ‘back up’ untuk menampung kehidupan. Usah terlalu berharap kepada bidang lakonan sahaja.

“Kita ada pengikut, mengapa tidak manfaatkan dengan berniaga. Usah malu memulakan bisnes kecil, semua orang bermula dari bawah. Apatah lagi, zaman sekarang, semuanya dilakukan atas talian,” katanya yang mengaku menyesal tidak berniaga sejak mula bergelar artis. BH

Anju loud tapi hatinya baik – Zoey




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Najib bela Ebit Liew

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker