Mata lelaki yang gagal – Janna Nick

Mata lelaki yang gagal – Janna Nick

Pelakon berbakat besar, Janna Nick, 26, sekali lagi menjadi bahan bualan ramai setelah dia memuat naik sekeping gambar yang dilihat seakan sengaja mengundang kecaman netizen semalam.

Menerusi gambar tersebut, Janna memaparkan dirinya bergaya dalam persalinan baju berwarna kelabu yang dipadankan dengan seluar bercorak kotak-kotak berona coklat muda.



Bagaimanapun, bukan pakaian itu yang menjadi bualan orang, sebaliknya aksi dan gaya pelakon ini yang membiarkan gambarnya dirakam daripada pandangan sisi namun memperlihatkan bentuk punggung.

Perkara tersebut disifatkan mengecewakan bagi sesetengah pengikut dan peminatnya yang menzahirkan rasa malu kerana menganggap ia tidak wajar selain turut menerima kecaman berbaur sindiran.

Menerusi tinjauan Utusan Malaysia malam tadi, Janna juga membalas beberapa teguran yang ditinggalkan oleh warga net di ruangan komen.

“Kalaulah perempuan tahu mata lelaki berfungsi macam mana,”kata seorang pengguna Instagram fazikhanx.



Janna kemudiannya dilihat membalas komen tersebut dan berkata itu ialah mata lelaki-lelaki yang gagal.

Komen tersebut kemudiannya mendapat perhatian ramai dengan rata-ratanya dilihat datangnya daripada golongan lelaki yang seakan tersinggung dengan tuduhan Janna.

Ada yang mendakwa kenyataan pelakon tersebut sangat dangkal dan menunjukkan pemikiran yang cetek selain menyalahkan Janna kerana terlebih dahulu berkongsikan gambar tersebut tanpa berfikir panjang.

Selain itu, hantaran tersebut juga mendapat perhatian rakan-rakan artis yang dilihat meninggalkan komen berbaur positif kepadanya.



Antara yang memuji Janna ialah penyanyi Ernie Zakri, Ika Nabella dan Reen Rahim.

Terdahulu, Janna menerusi ruangan kapsyen pada gambar tersebut mengundang pertanyaan ramai menerusi tulisan berbahasa Inggeris yang dikongsikan.

“Adalah lebih baik dibenci untuk diri anda yang sebenar daripada disukai untuk diri yang bukan anda,”katanya. Utusan

Mata lelaki yang gagal – Janna Nick




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lelaki tumbuk polis, conteng istana maut kemalangan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker