Streamer lucah itu jijik – Yana

Streamer lucah itu jijik – Yana

Pelakon Yana Samsudin membuat laporan polis terhadap individu atau ‘streamer’ yang didakwa membuat gangguan seksual secara lisan iaitu ‘double meaning’ dan berbaur lucah kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun, semalam.

Yana yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam berkata, tindakan ‘streamer’ itu boleh memberi kesan negatif terhadap psikologi dan melanggar akta kanak-kanak.

“Sepanjang saya bermain permainan (game) dan stream baru kali ini jumpa perkara yang sangat menjijikkan dan memalukan bagi pihak streamer Malaysia.

“Baru baru ini ada ‘viewers’ komen ketika saya sedang stream mengatakan seorang streamer iaitu lelaki berusia 20-an buat laporan akaun individu lain juga seorang kaki toksik yang suka mencarut menggunakan perkataan kotor di dalam streamnya.

“Ramai minta saya tengok siaran langsung stream itu. Tapi saya menolak malah menasihati mereka untuk mengelakkan dari tonton dan sokong streamer yang membuat kandungan mencarut dan tidak menunjukkan moral yang baik dalam streamnya, sama ada untuk menaikkan ‘rating’ atau ‘followers’.

“Tetapi semalam, selepas mesyuarat, telefon saya terima notifikasi yang mengulas mengenai streamer sama. Bagi saya kes ini lagi besar dan tersangat melampau serta menjijikkan. Streamer itu menggunakan perkataan ‘double meaning’ dan berbaur lucah kepada seorang kanak kanak perempuan berusia 13 tahun,” katanya.

Menurut Yana, ‘streamer’ terbabit secara terangan melanggar etika streaming.

“Ini terang-terangan salah dalam etika streaming dan streamer itu sudah melakukan perkara yang boleh dikaitkan dengan kesalahan yang berhubungan dengan pengantunan kanak-kanak iaitu berkomunikasi secara seksual dengan seorang kanak-kanak.

“Individu itu juga menerbitkan kandungan secara siaran langsung dengan menggunakan kanak-kanak dalam pembuatan, penghasilan kandungan berunsur lucah ini dan ada pihak lain juga telah menyunting menjadikan satu video untuk tontonan umum.

“Perlu diingat, gangguan seksual, ugutan atau atau apa sahaja pelakuan jenayah bukan terhad boleh dilakukan di dalam permainan dalam talian, stream ‘live’ sahaja, malah ia boleh berlaku di padang permainan, pejabat, sekolah atau rumah sendiri. Ini lebih melampau kerana dilakukan pada seorang kanak-kanak.

“Jadi, sebagai seorang wanita, ibu, masyarakat yang prihatin terhadap isu gangguan seksual terhadap wanita dan kanak-kanak, saya sudah membuat laporan polis bagi diambil tindakan sewajarnya pada streamer itu dan juga demi menjaga nama baik streamer lain di Malaysia. Dalam masa sama, bagi melindungi mangsa dan juga bakal mangsa pada masa akan datang,” katanya. HM


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bukalah hati, belanjalah kerajaan – Shahril Hamdan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker