Ayda jebat sebat baju dan boxer suami

Ayda jebat sebat baju dan boxer suami

Enggan membazir beli baju mengandung, Ayda jebat sebat baju dan boxer suami

Pelakon dan juga penyanyi Ayda Jebat yang kini sedang sarat hamil anak sulung mengakui hanya memakai baju termasuk seluar dalam (boxer) milik suaminya, Nabil Mahir sepanjang tempoh kehamilan kerana tidak memiliki walau sehelai pun baju mengandung.

Ujar pelantun lagu Parah Parah itu, dia tidak membeli baju mengandung dengan alasan, tidak ke mana-mana kerana hanya bekerja dari rumah (WFH) selain mengelak daripada membazir.

“Saya tidak ada satu pun baju mengandung. Tidak perlulah sebab tak pergi mana-mana pun. Tidak perlu membazir. Jadi semua baju Nabil, baju tidur sampai ke boxer dia saya sebat (pakai),” tulisnya dalam Instagram.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat turut berkongsi sekeping foto memperlihatkan dia memakai jaket (top) berwarna merah jambu yang dipadankan bersama kain pelikat.

“WFH pakaian apa hari ini (OOTD). Kalau saya bekerja sekarang, atas elok, bawah pakailah apa pun. Kain sarung (pelikat) ke, seluar tidur ke. Sebab ‘bekerja dari rumah’. Anda semua pun samakan?” ujarnya.

Menjengah dalam ruangan komen, pelakon Dayana Roza turut berkongsi perkara serupa apabila memakai pakaian milik suaminya kerana berasa lebih selesa.

“Saya pun. Baju, boxer suami pun sebat! Selesa. Berkongsi tanda sayang,” ujarnya.

Untuk rekod, Ayda dan Nabil bernikah di Masjid Al-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail di ibu negara pada 1 Januari lalu. Pasangan itu dijangka menyambut kelahiran bayi sulung mereka sekitar Oktober nanti. K Online

Ayda jebat sebat baju dan boxer suami


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bukalah hati, belanjalah kerajaan – Shahril Hamdan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker