DS Vida mohon maaf selepas dikecam hebat

DS Vida mohon maaf selepas dikecam hebat

Selepas dikecam hebat berikutan dakwaan memperlekehkan kempen mengibarkan bendera putih, jutawan kosmetik sensasi Datuk Seri Vida tampil membuat permohonan maaf menerusi siaran langsung dalam Instagramnya sebentar tadi.

Menurut Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 50, permohonan maaf tersebut dilakukan bagi menjernihkan semula keadaan, sekali gus membersihkan kembali imejnya.

“Saya tidak pernah berniat untuk merendah-rendahkan golongan susah. Semua itu hanya pandangan peribadi dan saya hanya berharap semua pihak terus berikhtiar untuk menjana pendapatan ketika musim pandemik.

“Justeru, sekiranya saya ada terkasar bahasa atau ada pihak terasa hati dengan setiap tutur kata saya, saya mohon maaf. Niat saya hanya satu, kerana Allah SWT,” katanya dalam siaran langsung tersebut.

Tambah pelantun lagu I Am Me itu, dia juga tidak mempunyai sebarang niat untuk bermegah dengan kekayaan dan kemewahan yang dimilikinya.

“Saya tiada niat untuk riak walau sebesar zarah sekalipun atau menyombong. Bila saya beri contoh suruh meniaga itu ini, ramai pula yang salah faham.

“Dahulu saya juga tiada media sosial, susah nak minta bantuan. Zaman sekarang semuanya mudah dengan media sosial, jadi jangan berhenti berusaha,” katanya lagi.

Selain itu, Vida turut mencadangkan penggunaan lampin pakai buang ditukar kepada kain lampin.

“Ketika ini, mungkin ini cara terbaik untuk berjimat, dengan menukar penggunaan lampin pakai buang kepada lampin kain.

“Jangan salahkan keadaan, ambil hikmah depan mata. Jika anda rasa susah, ada lagi yang lebih menderita,” ujarnya lagi.

Dalam siaran langsung sama, Vida kelihatan sebak ketika mengalunkan bacaan surah Ar-Rahman sebelum memulakan sesi sidang akhbar secara virtual tersebut.

Bahkan, Vida juga memohon kepada semua netizen dapat menyebarkan lagi tanda pagar #usahajanganmalas dengan harapan ungkapan tersebut menjadi sohor kini dalam media sosial.

Terdahulu, Vida dikecam hebat selepas mengeluarkan kenyataan seolah-olah memperlekehkan golongan terjejas yang terlaku bergantung harap dengan bantuan daripada kempen bendera putih. K Online

DS Vida mohon maaf selepas dikecam hebat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Michael Ang sekolahkan Rita isu vaksin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker