Tindakan Rita Rudaini menjentik hati

Tindakan Rita Rudaini menjentik hati

BARU-BARU ini pelakon Rita Rudaini ada berkongsi momen-momen indah kehadiran anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin dari kecil sehinggalah sekarang sempena sambutan hari lahir yang ke-12 tahun.

Dalam video itu juga, Rita turut berkongsi momennya bersama Airit ketika masih menjadi isteri kepada bintang bola sepak, Aidil Zafuan Abd Radzak.



Diva bukan nak kata isu Rita masih tidak ‘move on’ atau apa, tapi Diva rasa kagum melihat kecekalannya membesarkan anak-anak seorang diri.

Bukan setakat Diva, pengikutnya dalam Instagram pun cakap perkara yang sama, malah terharu melihat kasih sayang pelakon itu.

Rata-rata menganggap Rita sebagai seorang wanita yang kuat serta ibu yang penyayang. Walaupun sudah berpisah dengan bekas suami, namun Rita selalu ajar anak-anaknya supaya tidak melupakan si bapa.

Ramai juga yang mendoakan supaya Airit membesar dengan baik dan tidak melupakan jasa dan pengorbanan ibunya suatu hari nanti. K Online



Tindakan Rita Rudaini menjentik hati


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ekonomi semakin tenat, menteri kanan makin bertambah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker