Fiza buat laporan polis gara-gara diaib

Fiza buat laporan polis gara-gara diaib

KUALA LUMPUR – Pelakon, Fiza Halim membuat laporan polis selepas namanya tular dan dijaja dengan kisah peribadi yang mengaibkan sejak empat hari lalu.

Ibu tunggal tiga anak itu terpaksa mengunci mulut selama ini seelpas dinasihatkan oleh polis supaya tidak membalas atau menjawab sebarang pertanyaan mengenainya.

Ini kerana semua mesej dan komen diterimanya dipantau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan polis.

“Apa yang boleh saya beritahu di sini, selama empat hari saya berdiam diri tak nak ulas apa-apa sebab pihak polis arahkan supaya tidak membalas atau menjawab apa-apa pertanyaan.

“Hal ini kerana segala kiriman mesej dan komen yang saya dapat selama empat hari ini telah dipantau oleh SKMM dan polis. Semua masih lagi dalam siasatan. Akaun saya ini pun dah dirujuk ke bahagian yang berwajib,” tulisnya dalam hantaran Instagram hari ini.

Tambah Fiza atau nama penuhnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, semua mesej dan komen berbentuk aib, hinaan, cacian dan makian yang diterimanya selama empat hari sebelum ini sudah pun sampai ke pihak SKMM.

Pelakon berusia 43 tahun itu turut memberi amaran kepada semua yang pernah meninggalkan komen dan mesej kepadanya agar bersiap sedia untuk disiasat polis.

“Jadi bersiap sedialah ya semua yang pernah hantar mesej dan komen kepada saya. Akan disoal siasat. Tak mahu cakap banyak, kita tunggu dan lihat sahaja,” ujarnya lagi.

Beberapa hari lalu, nama Fiza menjadi bualan dalam Twitter selepas seorang individu yang merupakan bekas adik iparnya mendakwa dia seorang ‘kaki sondol’ dan pemusnah rumah tangga orang.

Individu yang menggunakan nama Afrina Farzana itu mendakwa, Fiza menjadi orang ketiga yang memusnahkan rumah tangga abangnya dengan bekas isteri. MG

Fiza buat laporan polis gara-gara diaib


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ekonomi semakin tenat, menteri kanan makin bertambah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker