Fiza punca abang saya bercerai
Fiza punca abang saya bercerai
Bekas adik ipar dakwa Fiza punca abangnya bercerai?
Seorang wanita yang dikatakan bekas adik ipar Fiza Halim tampil mendedahkan di media sosial punca pelakon itu dan abangnya bercerai.
Menurut wanita dikenali sebagai Afrina mendedahkan pelakon itu menjalinkan hubungan cinta dengan abangnya, Aizat ketika itu masih suami orang dan bernikah secara senyap.
Mendedahkan perkara itu di Twitter, wanita itu turut mendakwa Fiza seorang mata duitan dan tidak menghormati keluarga bekas suaminya.
Dakwa wanita itu lagi, selepas lima bulan berkahwin, abangnya mahu berpisah dengan Fiza selepas mengetahui perangai sebenarnya.
Dakwa wanita itu lagi, selepas daripada pulang bercuti bersama keluarga, abangnya terus menghilangkan diri selama setahun lebih dan ketika itu panggilan telefon tidak dijawab malah tidak jumpa dengan anak bersama bekas isterinya.
Tidak hanya setakat itu, wanita itu mendakwa Fiza memfitnah bekas ibu mertuanya menyihirknya sedangkan pelakon itu didakwa mahu memisahkan bekas suami dengan ibunya.
Dakwa wanita itu lagi, Fiza banyak memburukkan suami sendiri berikutan abangnya tidak dapat bekerja selama tiga bulan susulan pandemik melanda.
Meskipun berdepan kesusahan, wanita itu mendakwa ibunya yang juga ibu mertua Fiza banyak membantu mereka termasuk memberikan duit belanja meskipun sebelum itu dilemparkan dengan pelbagai tuduhan.
Bagaimanapun, setakat ini masih tiada penjelasan lanjut daripada Fiza mengenai dakwaan tersebut yang sedang hangat diperkatakan di media sosial. MG
Fiza punca abang saya bercerai
Baca Artikel Menarik :
- Perlu ambil masa untuk lihat kesan laksana PKPD di Selangor
- Dikecam, Annuar padam posting ziarah Pak Lah
- Ekonomi semakin tenat, menteri kanan makin bertambah
- Kebun haram Musang King, siasatan SPRM sudah lengkap 80 peratus
- Cik B dan Dr. Vida dua orang yang berlainan
- Resepi Istimewa Gulai talang masin bersama terung tumis darat
Layari Laman Facebook MYKMU
Ekonomi semakin tenat, menteri kanan makin bertambah