Siti Sarah sampai lupa nak beli apa

Siti Sarah sampai lupa nak beli apa

“Lima tahun tak ada baby, sampai lupa nak beli apa” – Siti Sarah

KUALA LUMPUR: Lima tahun lamanya tidak mengandung, penyanyi bersuara emas, Siti Sarah Raissudin ‘meluahkan’ rasa paniknya kerana tidak tahu apa yang harus dilakukan sebagai persiapan menyambut bayi.



Menerusi gambar yang dimuat naik di Instagram, Siti Sarah turut membuka ruang untuk pengikutnya berkongsi pengalaman dan nasihat sebagai seorang ibu untuk dia menyambut kelahiran anak keempatnya itu.

“Sudah lima tahun tak ada baby, sampai sudah lupa mahu beli apa untuk persiapan menyambut kelahiran. Kalau anda, beli apa dulu? Beli ketika kandungan masuk berapa bulan?” soal penyanyi Semakin ini.

Dalam pada masa yang sama, Siti Sarah juga keliru di mana dia seharusnya membeli barangan keperluan bayi terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Tetapi, PKP macam ini mana nak cari ya?” soalnya lagi.



Pertanyaan itu mendapat respon daripada peminat yang mencadangkan beberapa platform e-dagang untuk membeli barangan bayi malah, ada juga yang berkongsi pengalaman masing-masing apabila jarak kandungan juga makan bertahun lamanya. Utusan

Siti Sarah sampai lupa nak beli apa


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Mila terkilan dituduh jual durian harga Yahudi

Asyraf Wajdi, Tun Faisal berperang di FB



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker