Pelakon Taiwan nafi balik Malaysia untuk ambil vaksin


Pelakon Taiwan nafi balik Malaysia untuk ambil vaksin

Pelakon kelahiran Melaka, Frederick lee menafikan dirinya mahu balik dari Taiwan ke Malaysia pada Julai semata-mata untuk menerima vaksin COVID-19.

Taiwan berdepan masalah bekalan vaksin kerana ia telah melarang vaksin buatan China sementara Beijing juga dikatakan cuba menghalang pembelian vaksin oleh Taiwan dari tempat lain.

Disebabkan masalah bekalan vaksin di Taiwan yang dikeruhkan dengan peningkatan kes COVID-19, terdapat orang Taiwan dilaporkan cuba pergi ke Tanah Besar China atau negara lain untuk mendapatkan vaksin.

Ditanya kemungkinan dia kembali ke Malaysia kerana mengharapkan vaksin di negara ini, Frederick berkata, tujuannya balik ke tanah air pada bulan depan adalah untuk bertemu ahli keluarga yang sudah terpisah setahun.

“Saya sudah lama tidak bertemu dengan ahli keluarga di Malaysia kerana rancangan balik kampung ditunda beberapa kali kerana isu wabak,” katanya.

Menurut China Press, sebelum ini terdapat laporan bahawa pelakon filem Sebelum Pagi Berakhir (Fly by Night) arahan Zahir Omar itu sedar bahawa dirinya tidak berpeluang mendapat vaksin di Taiwan kerana merupakan warga asing.

Ketika ditanya isu itu, Frederick berkata, dia telah berjaya mendapat cuti daripada syarikat di Taiwan dan dibenarkan pulang ke Malaysia pada Julai selepas menghabiskan aktiviti publisiti untuk satu drama yang turut dibintanginya.

“Memandangkan Malaysia sedang melaksanakan program vaksinasi. Kalau boleh, saya akan menerima vaksin di negara sendiri.

“Isu di sini bukan pasal tempat atau negara mana. Disebabkan saya perlu bertugas di banyak negara, oleh itu saya akan menerima vaksin di mana-mana negara yang memberi kesempatan ini,” katanya dipetik China Press.

Ditanya kemungkinannya pulang ke Malaysia adalah untuk berkahwin, Frederick berkata, keadaan COVID-19 menyukarkan apa-apa perancangan dibuat. MG

Pelakon Taiwan nafi balik Malaysia untuk ambil vaksin


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Cemas ular tedung hitam masuk dalam baju

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker