Pembantu rumah dapat RM10 ribu, naik helikopter pergi bercuti

Pembantu rumah dapat RM10 ribu, naik helikopter pergi bercuti

Memang seronok bila kita tengok majikan melayan baik pembantu rumah yang membantu mereka membuat bermacam kerja setiap hari.

Sama seperti tiga pembantu rumah seorang usahawan ini yang tular selepas video dimuat naik oleh wanita itu meraih perhatian ramai.

Menerusi rakaman itu, usahawan wanita terbabit telah memberikan duit raya kepada semua pembantu rumahnya sebanyak RM10,000 setiap seorang.

Bukan sekadar itu, dia turut membawa mereka untuk bercuti ke pusat peranginan terkemuka di Desaru, Johor menaiki helikopter.

Malah, dia telah menempah suite persendirian untuk penginapan mereka selama tiga hari dua malam itu.

Menurut Farah MJ, dia sememangnya sudah merancang percutian mewah itu untuk ketiga-tiga pembantu rumah warga Indonesia berkenaan berehat, tenangkan fikiran.

Saya mahu mereka merasai kegembiraan meskipun tidak dapat pulang beraya di kampung halaman. Jadi duit raya ini boleh kirim ke keluarga di kampung.”

Kata usahawan dalam bidang eksport dan import itu, dia turut membelikan mereka tiga pasang baju setiap seorang dan warna sedondon dengan keluarganya.

Selain itu, mereka turut dibelikan kasut baru dan akan mengikutinya pulang beraya ke kampung halamannya nanti.

Pembantu rumah dapat RM10 ribu, naik helikopter pergi bercuti

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Da’i Syed tutup episod kes rogol, buka lembaran baru

Syasya Dolla jangan seksi sangat – nenek

Ini sebab Diana tolak tawaran Farid

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker