Blackpink The Movie akan ditayangkan Ogos ini


Blackpink The Movie akan ditayangkan Ogos ini

BERSEMPENA lima tahun pembabitan kumpulan K-Pop popular Blackpink dalam industri muzik, mereka mengumumkan bakal muncul dalam sebuah filem biopik.

Filem berjudul Blackpink The Movie itu khabarnya akan dilancarkan pada Ogos hadapan dan akan ditayangkan di 100 buah negara.

Filem tersebut akan memaparkan perjalanan seni Blackpink yang dianggotai oleh Jennie, Rose, Lisa dan Jisoo dalam memperjuangkan muzik yang dibawa demi peminat yang digelar Blinks.

Malah, penonton yang akan menyaksikan filem itu juga akan disajikan dengan beberapa sedutan wawancara yang dirakamkan secara spontan dan belum pernah ditayangkan kepada umum.

Selain itu, filem tersebut akan turut diselitkan dengan lima lagu daripada konsert jelajah The Show dan In Your Area.

Untuk info, Blackpink pernah mucul menerusi filem dokumentari Blackpink: Light Up The Sky pada 2020.

Dalam naskhah tersebut, ia menceritakan tentang perjalanan karier mereka sebagai ahli Blackpink dan pihak yang membantu menaikkan nama mereka hingga dikenali seluruh dunia. Utv

Blackpink The Movie akan ditayangkan Ogos ini


Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Empat beradik albino disangka anak mat salleh

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker