Bayar pengeluaran KWSP secara berperingkat, bukan ‘lump-sum’

Pergerakan Pemuda UMNO Johor mencadangkan agar pengeluaran sebanyak RM10,000 daripada akaun satu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibayar secara berperingkat selama lima bulan sekiranya ia diluluskan.

Ketuanya, Mohd Hairi Mad Shah berkata, pembayaran tidak wajar untuk dibuat secara ‘lump-sum’ sebaliknya, dibayar sebanyak RM2,000 setiap bulan.

“Dengan cara itu, duit berkenaan dapat dibelanjakan oleh rakyat secara berhemah sekaligus membantu mengurangkan beban rakyat kerana keadaan ekonomi rakyat belum pulih ekoran penularan Covid-19 yang masih belum berakhir,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohd Hairi berkata, ia adalah syarat yang wajar untuk diguna pakai sekiranya pengeluaran dari akuan itu dilaksanakan kerana tujuan ia dikeluarkan ialah secara bersasar kepada mereka yang memerlukan.

Ujarnya, buat masa ini, kerajaan perlu memberikan keutamaan kepada rakyat, dan cadangan yang diutarakan oleh bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak itu perlu wajar untuk disokong namun, ia perlu dilakukan secara bersyarat.

“Bagi Pergerakan Pemuda UMNO Johor, cadangan itu cukup baik untuk dilaksanakan kerana rata-rata rakyat begitu terkesan dan terhimpit ekoran penularan Covid-19 di negara ini.

“Hakikatnya, rakyat atau pencarum bukan hendak mengeluarkan keseluruhan simpanan sehingga boleh menjejaskan perancangan masa hadapan sebaliknya, tidak melebihi RM10,000,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mohd Hairi berkata, beliau menyedari terdapat perkara buruk dan baik jika cadangan pengeluaran itu diluluskan namun, perlu beranggapan bahawa apa yang utama ketika ini adalah kebajikan rakyat yang terjejas teruk ekoran penularan pandemik Covid-19. MG

COVID-19: Pengeluaran KWSP Akaun 1, Najib jawab semula kerajaan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker