Nak pindah pun kena kecam – Nourul

Nak pindah pun kena kecam - Nourul
Nak pindah pun kena kecam – Nourul

“Saya nak pindah tak pakai duit orang pun. Saya hanya buat hal sendiri tapi dikecam seperti sudah menyusahkan orang lain.”

Demikian luahan penyanyi Nourul Wahab Depp yang akan memulakan kehidupan barunya bersama keluarga di Bali, Indonesia bulan depan.

Nourul berkata, dia kesal apabila keputusan untuk berhijrah yang dikongsikan sebelum ini mendapat kecaman teruk daripada netizen.



“Saya jadi sangat sedih apabila dihina dan dikecam teruk. Saya tak kacau hidup orang atau minta tolong mereka kemaskan barang saya pun.

“Apabila jadi begini saya dah tak mahu keluarkan apa-apa kenyataan selepas ini. Bila saya pergi nanti, saya akan pergi saja. Tengok saja perkembangan di Instagram.

“Walaupun saya tidak membaca komen-komen yang diberikan, tapi ada yang akan sampaikan. Sudahlah saya kena hadap pelbagai cabaran untuk proses berhijrah ini dan kelam kabut uruskan hal-hal lain, tapi bila dengar komen-komen negatif saya terus rasa tak nak kongsi lagi,” katanya.

Menurut Nourul, dia memahami perasaan yang perlu dilalui masyarakat di sebalik pandemik Covid-19 yang melanda ketika ini hingga setiap perkongsiannya menimbulkan rasa kurang senang atau tidak seronok kepada mereka.



Menurut Nourul, selepas permohonan visa diluluskan serta menunggu suntikan vaksin kedua, dia dan seluruh ahli keluarganya akan berpindah ke Bali untuk memulakan kehidupan baru.

“Anak-anak akan mulakan sesi persekolahan pada bulan Ogos ini. Lagipun kami sudah membuat bayaran penuh, jadi perlu ke Bali bulan depan dan lalui proses kuarantin dan prosedur lain.

“Sebenarnya salah satu sebab kami ingin berhijrah ke Bali sebab suami sudah bersara dan tiada komitmen kerja. Selain itu, kami mahu anak-anak menerima pendidikan yang terbaik kerana sekolah yang kami daftarkan antara yang bagus,” katanya.

Nourul atau nama sebenarnya Noorul Huda Abdul Wahab dan suami, Eric Daniel Depp berkahwin pada 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zachary, 8, Raphael, 6, dan Isabella 2.



Sementera menerusi perkahwinan terdahulu bersama komposer Ajai, Nourul dikurniakan seorang anak iaitu Ayu Nazirah, 23. HM

Nak pindah pun kena kecam – Nourul


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET




Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker