Kamal Adli berani kerat jari kalau tak gempak

Kamal Adli berkata dia berani kerat jari. Apakah menyebabkan Kamal Adli berkata begitu? Jom kita baca di bawah.

Apabila diri diberi galasan membawa watak utama untuk memainkan peranan penting dalam menghidupkan jalan cerita bagi sesebuah naskhah, pastinya perlu memberikan lebih tenaga dalam pembawaan karakter.

Apatah lagi watak yang cukup berat akan memberi impak besar kepada penonton dan peminat drama di luar sana.

Setelah berjaya membawa watak besar dalam sebuah drama atau filem di samping tercalon di anugerah berprestij, ia bagaikan satu batu lonjatan buat pelakon tersebut untuk memberikan lebih terbaik untuk drama seterusnya.

Menyahut cabaran sebagai pelakon utama drama bersiri Black, Kamal Adli menyifatkan karakter yang dibawanya itu mudah dijiwai dan rasa bertuah walaupun menurutnya siri tersebut agak berat.

“Walaupun siri ini agak berat, saya janjikan kepada penonton musim ini lebih gempak dari segi penceritaan. Saya berani kerat jari kalau tak gempak!

“Selain itu, saya rasa bertuah sangat bekerja dengan kumpulan produksi serta diberi kepercayaan untuk memberi keyakinan membawa watak utama dalam drama bersiri ini,” katanya.

Dalam pada itu, Kamal juga menitipkan kata-kata pujian buat pihak produksi Black serta berhasrat dapat bekerjasama lagi menerusi projek yang akan datang.

“Mereka menjaga kami dengan baik di set pengambaran terutama semasa penularan wabak pandemik Covid-19. Produksi sangat menghargai kami sebagai pelakon siri ini. Kebajikan sebagai pelakon tidak pernah diabaikan mereka.

“Selain itu, pihak tersebut juga tidak pernah mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) ketika pengambaran. Sebelum masuk set, kami semua terlebih dahulu perlu disantiasi seluruh badan.
“Oleh kerana mereka sangat profesional dan mudah bekerja, saya sedia bekerjasama jika produksi yang sama ini mahu menawarkan saya drama lain pula,” ujarnya.

Musim Kedua Black

Diadaptasi daripada drama Korea fantasi-seram dengan judul yang sama, Black musim kedua versi Malaysia yang berkisah tentang alam bunian sudah mula ditayangkan 10 Jun, secara eksklusif di Viu.

Drama penuh aksi dan misteri popular tersebut menampilkan barisan pelakon hebat tanah air antaranya Kamal Adli, Siti Saleha, Nabila Huda, Zoey Rahman serta wajah-wajah baharu dalam musim kedua ini.

Ketua produksi Asli Viu Malaysia dan Indonesia, Sahana Kamath berkata, naskhah 10 episod tersebut pasti tidak akan mengecewakan para penonton kerana begitu banyak yang menjadi pertaruhan yang menyempurnakan drama berkenaan.

“Mengadaptasi drama Korea yang disukai ramai merupakan risiko yang dipertimbangkan oleh kami semua dan telah mencapai kejayaan lebih daripada kami jangkakan.

“Musim pertama meraih ulasan pengkritik dan diletakkan dalam kedudukan 10 siri paling ditonton di platform ini di Malaysia,” katanya. Utusan


Layari Laman Facebook MYKMU NET


Rizalman merajuk, padam ribuan gambar dalam Instagram

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker