Kareena Kapoor letak harga tidak masuk akal

Kareena Kapoor letak harga tidak masuk akal

Kareena Kapoor letak harga tidak masuk akal

Mumbai: Tanda pagar #BoycottKareenaKapoorKhan menjadi sohor kini dalam kalangan pengguna media sosial di India sebagai menunjukkan protes terhadap pelakon, Kareena Kapoor Khan selepas dia meminta bayaran tidak masuk akal untuk satu watak dalam filem.

Media antarabangsa melaporkan Kareena baru-baru ini ditawarkan untuk membawa watak sebagai Sita dalam filem Alaukik Desai’s Sita: The Incarnation, karya K Vijayendra Prasad yang sebelum ini pernah menulis untuk karya francais, Baahubali.



Kontroversi tercetus apabila Kareena meminta bayaran sebanyak RM6.7 juta untuk watak itu sekali gus menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen di India.

Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati kerana Kareena seolah-olah mengguris hati dan menyentuh sensitiviti masyarakat Hindu apabila meletakkan bayaran yang tidak masuk akal bagi membawa watak itu.

Ada juga netizen berpendapat Kareena tidak layak membawakan watak itu dan ia sepatutnya lebih sesuai dibawa pelakon lain seperti Yami Gautam atau Kangana Ranaut.

Malah, ada netizen menyarankan agar dia menukarkan nama anaknya sekiranya dia berjaya diambil untuk memegang watak itu.



Bahkan, suaminya yang juga pelakon, Saif Ali Khan turut terheret dalam kontroversi itu dan didakwa tidak menjaga sensitiviti agama dalam drama bersiri Tandav lakonannya. HM

Kareena Kapoor letak harga tidak masuk akal


Layari Laman Facebook MYKMU NET


Timang Cahaya Mata Kedua, Netizen Persoal Agama Anak Kareena Kapoor & Saif Ali Khan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker