Diana Nasimuddin wanita sempurna – Mas Khan

Diana Nasimuddin wanita sempurna– Mas Khan

Diana Nasimuddin wanita sempurna – Mas Khan

Diana Nasimuddin wanita sempurna, miliki semua kriteria idaman – Mas Khan

Pelakon Mas Khan menyifatkan kekasih hatinya, Diana Nasimuddin memiliki kualiti seorang wanita yang dicarinya selama ini.

Perkara tersebut dikongsi Mas Khan atau nama sebenarnya Mas Hidzhir Khan Mas Fadzillah Khan, 27, dalam sesi soal jawab bersama pengikut Instagramnya dalam InstaStorynya baru-baru ini

Diana Nasimuddin wanita sempurna– Mas Khan

“Apa yang istimewa mengenai Diana? Maksud saya apa yang telah dia lakukan atau miliki sehingga membuatkan anda menyukainya?” tanya seorang pengikutnya dalam hantaran tersebut.

Seperti memberi bayangan tentang hubungan istimewanya bersama anak usahawan ternama itu, Mas memberitahu dia tertarik dengan keperibadian Diana yang disifatkan sebagai seorang wanita penyayang.

Diana Nasimuddin wanita sempurna– Mas Khan

“Diana adalah segala-galanya. Dia melambangkan kualiti yang saya impikan dimiliki oleh seorang wanita.

“Dia juga satu dalam sejuta. Mengambil berat, bijak, berfikiran terbuka, matang, punya ciri keibuan, berpenampilan tinggi dan penyayang. Itulah Diana,” tulis pelakon drama Bukan Gadis Biasa itu.

Terdahulu, hubungannya bersama Diana, 39, mula dihidu selepas kedua-dua mereka kerap berkongsi foto bersama dalam akaun Instagram masing-masing.

Untuk info, Diana atau nama sebenarnya Nur Diana Nasimuddin merupakan anak kepada ahli perniagaan automotif terkenal, Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin. K Online

Diana Nasimuddin wanita sempurna– Mas Khan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Ameera Khan Dedah Jika Diberi Pilihan Mahu Pindah Ke Kelantan.”Kampung 100%!!”

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker