Baki RM3, gadis dikecam berjemaah oleh netizen

Baki RM3, gadis dikecam berjemaah oleh netizen

Angkara baki RM3, gadis ini dikecam berjemaah oleh netizen

BUKAN semua perkara yang kita luahkan dalam media sosial itu akan menerima sambutan seperti kita harapkan dan kadang-kala ia bertukar menjadi mimpi ngeri walaupun perkara itu pada kita hanyalah benda biasa.

Ini yang dialami seorang gadis gara-gara meluahkan rasa tidak puas hati mengenai wang baki RM3 yang tidak dikembalikan selepas menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan.

Dalam hantaran berbunyi “xxxx xxxda tolong erk… awak bekerja… saya pun bekerja makan gaji juga… mmg sedekah tu rezeki tapi saya order makanan, dah tambah charged service awak, total RM 37, saya bagi 40, awak takde balance RM3?? Agak-agak la…” telah menyebabkan netizen mengecam tindakan itu.

Tambah gadis itu, dirinya terpaksa mengumpul dan berkongsi duit dengan rakannya yang lain sebelum memesan makanan tersebut untuk menjimatkan kos penghantaran.

“Bukannya saya berkira nak sedekah RM3 ringgit kat awak… tapi awak pun bekerja la dengan ikhlas… dah tahu kerja macamtu, standby la duit kecik…,” tulisnya.

Namun, apa yang diluahkan gadis itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang menyifatkan isu baki wang RM3 itu sepatutnya tidak dibangkitkan.

Tinjauan UTV di ruangan komen itu mendapati, ramai yang bertindak menyalahkan gadis berkenaan kerana gagal menyediakan wang secukupnya sebelum bertindak memesan makanan.

“Sepatutnya pelanggan yang sedia duit pecah. Kau order dari …, bukan … tu punya kedai kau order, banyak duit yang kena bagi balance. Kalau 100 orang yang order haritu, agak2 berapa rider nak sediakan duit pecah??,” tulis seorang pengguna, Nur Zurina di ruangan komen.

Ada pula sekadar menyatakan baki wang itu patut dihalalkan sahaja.

“Halalkan je la… mungkin dia memang takde duit kecik, kau pun apa salahnya kalau bagi duit ngam2 je… Allahu RM3 pun berkira,” Tulis seorang lagi pengguna, Nur Farhana Halim.

Tidak kurang ramai juga pengguna-pengguna yang lain memberitahu wanita tersebut untuk menghalalkan duit baki tersebut dan menganggapnya sebagai sedekah atau tip kepada penghantar makanan tersebut.

“Banyak komplen pulak… elok la untuk bersedekah setakat baki tu… ada juga pahala untuk tambah saham akhirat,” ujar pengguna, Fauzilawati Aboi diruangan komen yang sama.

Biarpun mendapat reaksi negatif daripada pengguna-pengguna yang lain, gadis tersebut dilihat turut membalas beberapa komen kecaman dengan mempertahankan rasa tidak puas hatinya itu.

“Buat apa nak padam, aku nak tengok kebodohan korang. Kesian nak cakap sedekah yang diminta owner duit tak mengikhlaskan. Nak cakap keje… kesian hantar dalam cuaca tak menentu. Kalau susah, tak payah kerja, kangkang je dok umah,” tulis gadis itu membalas kepada salah satu komen yang menyuruhnya untuk memadam status tersebut. Utv

Baki RM3, gadis dikecam berjemaah oleh netizen


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Rina lebih gemar jadi model, pelakon daripada jaga kebajikan warga emas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker