Tak seksi pun, biasa jer kata Lizzy
Tak seksi pun, biasa jer kata Lizzy
Kuala Lumpur: Pelakon dan penyanyi Elizabeth Tan, 27, menjelaskan cara penampilannya yang selalu dikongsi di media sosial adalah pakaian hariannya dan tidak menganggap ia seksi.
Elizabeth juga menafikan dia sengaja menggayakan pakaian singkat semata-mata memancing perhatian ramai kerana kemaruk dengan komen ‘nakal’ netizen.
“Saya tak rasa seksi pun kerana itu gaya pemakaian setiap hari. Saya tak sengaja pun berpakaian begitu.
“Kalau bandingkan dengan sebangsa saya yang lain, ramai lagi berpakaian jauh lebih seksi. Jadi tiada keperluan untuk saya ambil kisah mengenai tanggapan seksi itu,” katanya.
Penyanyi Knock Knock itu juga tidak kisah sekiranya ramai mengikuti dirinya di media sosial hanya kerana penampilan sebegitu malah jauh sekali terkesan dengan komen nakal netizen terutama kaum lelaki.
“Saya gembira dengan sokongan siapa pun peminat saya tanpa peduli apa alasan mereka. Walaupun saya sudah berkahwin, tidak ada apa pun yang berubah mengenai diri saya.
“Suami baca komen mereka pun tak peduli sangat. Bahkan, dia cuma gelak saja,” katanya.
Terdahulu, Elizabeth pernah menyangkal dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dirinya kerap memuat naik gambar berpakaian seksi hingga mengundang komen lucah dari pengikut di media sosial.
Bahkan, dia percaya sekiranya benar gambar dikongsinya lucah, sudah lama akaun media sosialnya disekat sebab peraturan Instagram atau Facebook memang tiada ruang untuk kandungan lucah. HM
Tak seksi pun, biasa jer kata Lizzy
Baca Artikel Menarik :
- Pejuang mahu kelulusan segera selepas Mahathir mengadap Agong
- Resepi Kayangan Gratinated Baked Potatoes
- Hamzah hina jawatankuasa kaji Parlimen hibrid
- Pesakit Covid-19: Lesu, sukar tidur antara 5 sindrom pasca Covid-19
- Resepi omelet tuna gulung yummy
- Aliff kena masuk kelas masakan sebelum jual produk makanan – Chef Wan
Layari Laman Facebook MYKMU NET
Komen lucah : Suami Lizzy tak kisah