Gadis Melayu Berhati Mulia Selamatkan Anjing Yang Terperangkap Dalam Guni. [VIDEO]

Gadis Melayu Berhati Mulia Selamatkan Anjing Yang Terperangkap Dalam Guni. [VIDEO]

Gadis Melayu Berhati Mulia Selamatkan Anjing Yang Terperangkap Dalam Guni

Semua haiwan atau binatang merupakan makhluk Tuhan

Walaupun kaum Muslim tidak dibenarkan untuk menyentuh anjing, tetapi tidak bermakna kita boleh menyeksa haiwan-haiwan itu. Malah, kita diajar untuk berbuat baik dan sentiasa mengasihi haiwan.

Baru-baru ini tular video di TikTok yang memaparkan seorang gadis berjaya menolong seekor anjing yang dibuang dan diikat lehernya mencuri tumpuan netizen.

Lihat Video Penuh Di Bawah:

Menangis jumpa anjing dalam guni dan diikat lehernya

Gadis Melayu Berhati Mulia Selamatkan Anjing Yang Terperangkap Dalam Guni. [VIDEO]

Malang nasib seekor anak anjing apabila disumbat masuk ke dalam guni yang diikat sebelum dibuang individu tidak bertanggungjawab.

Bagaimanapun, nasib haiwan itu terbela selepas diselamatkan seorang gadis iaitu Aqilah Yuhanis Anuar, 24.

Kisah Aqilah Yuhanis yang juga anak bongsu daripada tiga beradik itu mendapat perhatian netizen hingga tular di laman sosial selepas memuat naik video di TikTok petang semalam.

Aqilah Yuhanis yang bekerja sebagai pembantu akaun berkata, dia menemui anak anjing berkenaan di hadapan sebuah bengkel dekat Paka, di sini.

“Saya ternampak guni berisi anak anjing itu di hadapan sebuah bengkel ketika memandu pulang untuk pulang ke pejabat selepas makan tengah hari dengan rakan sekerja.

“Melihat guni itu bergerak, saya berhentikan kereta dan sebaik menghampirinya (guni), saya terdengar suara seperti ada anjing di dalamnya.

“Tanpa berlengah, saya terus mengambilnya (guni) untuk bawa masuk ke dalam kereta dan sebaik tiba di kawasan pejabat, saya pakai sarung tangan sebelum membuka ikatan guni itu,”

Menerusi video yang dimuat naik oleh @aqilahyuhanis54 di laman TikToknya, kelihatan dia sedang merakam rakannya yang gigih meleraikan tali guni itu.

Video dirakam rakannya, Nuru Eni Malina Haslina Idris, 34 video itu berjaya mendapat 7.2M tontonan, 823K tanda suka dan 27K komen di TikTok. tontonan.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah apabila sebaik saja tali itu dileraikan, mereka ternampak seekor anjing yang terperangkap di dalam guni dengan lehernya diikat.

Dipercayai bahawa anjing itu dibuang oleh orang lain. Gadis tersebut bertindak menyelamatkan anjing itu dengan memberikan air sebaik saja melihat anjing itu tercungap-cungap. Gadis itu menahan sebak lalu mengalirkan air matanya kerana kasihankan anjing itu.

“I just wanna say thankyou sebab dah jaga mahkluk ciptaan Allah” – Netizen

Gadis Melayu Berhati Mulia Selamatkan Anjing Yang Terperangkap Dalam Guni. [VIDEO]

AQILAH Yuhanis sayangkan haiwan dan tidak takut walaupun dengan anjing. FOTO Aqilah Yuhanis Anuar

Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut mengasihani anjing yang dijerut lehernya itu. Malah, ramai juga yang kagum dengan gadis tersebut kerana bertindak menyelamatkan anjing berkenaan.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kesian tengok anjing tu, terima kasih kak sebab dah selamatkan dia! :)-HM/Seismik

Gadis Melayu Berhati Mulia Selamatkan Anjing Yang Terperangkap Dalam Guni. [VIDEO]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


[VIDEO] YouTuber India ‘Terbangkan’ Anjing Dengan Belon Helium Ditahan Polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker