Isu ‘salah parking’ : Neeta buat laporan polis

Isu 'salah parking' : Neeta buat laporan polis

Isu ‘salah parking’ : Neeta buat laporan polis

Kuala Lumpur: Penyanyi kumpulan Iamneeta yang juga pengacara Neeta Manis, 27, membuat laporan polis terhadap seorang pengamal media, semalam berhubung penularan video ‘salah parking’ di TikTok membabitkan dirinya.

Neeta bersama syarikat rakamannya, NAR Records Sdn Bhd nekad mengambil tindakan itu kerana berasakan maruahnya sebagai seorang wanita sudah diperlekeh dan dimalukan.

Ketua Bahagian Pemasaran NAR Records, Becky Zulkepli berkata, laporan polis perlu dibuat kerana video berkenaan sudah menjatuhkan maruah Neeta.

“Video itu amat memalukan dan menyentuh sensitiviti serta maruah Neeta sebagai wanita. Dengan niat atau tujuan apa individu terbabit melakukannya masih tidak dapat dipastikan.

“Malah, usaha pihak kami menghubunginya juga gagal apabila dia tidak memberi sebarang maklum balas sehingga kini. Dia seolah-olah tidak ambil peduli langsung dengan kejadian yang berlaku ini,” katanya.

Menurut Becky, apa yang lebih mengecewakan ialah individu itu masih tidak memadam video berkenaan di akaun TikTok walaupun isu ini sudah tular dalam media sosial.

Katanya, mungkin bagi sesetengah orang melihat perkara ini kecil, tapi pihak pengurusan NAR Records amat kesal dan menyelar perbuatan ini kerana menyebabkan Neeta dikecam orang ramai selepas video itu tersebar.

Neeta, berkata dia sangat terkilan dengan tindakan individu terbabit, apatah lagi dia seorang pengamal media yang dikenali.

“Saya amat terkilan kerana yang melakukan perkara ini adalah seorang yang berjawatan tinggi dan memiliki kerjaya profesional.

“Saya juga ambil keputusan untuk membuat laporan polis atas saranan pihak pengurusan dan tidak berhasrat ingin memperbesarkan atau mengadu-domba,” katanya.

Menurut Neeta, laporan polis itu juga sebagai tanda peringatan terhadap individu terbabit serta semua netizen supaya menggunakan media sosial dengan tujuan yang betul.

“Media sosial bukan platform untuk mengecam, memalukan dan membuli orang lain Semua kesalahan ini tertakluk di bawah Akta 588 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Terdahulu, seorang pengguna TikTok dikatakan memuat naik rakaman video memaparkan Neeta sedang membetulkan baju dipakainya dalam program All Together Now Malaysia yang ditayangkan, Ahad lalu.

Individu terbabit kemudian membuat perkongsian di TikTok dengan keterangan ringkas ditulis ‘salah parking’.

Menerusi laporan Harian Metro semalam, Neeta meluahkan rasa kecewanya dan menganggap tindakan individu itu seperti ‘budak baru belajar’ main TikTok. HM


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


[VIDEO] “Sakitnya Ya Allah!” – Gadis Ini Parking Kereta Nangis-Nangis Tepi Jalan Sebab Frust Pakwenya Curang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker