Bekas suami Zarina Anjoulie ditahan polis


Bekas suami kepada pelakon Zarina Anjoulie iaitu Eliyas Azhar ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai pada Ahad sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Eilyas Azhar yang berusia 20-an ditahan susulan laporan polis dibuat oleh Zarina Anjoulie atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul, 34, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, tindakan diambil selepas pelakon berkenaan membuat laporan polis berkenaan ugutan yang diterima daripada bekas suaminya itu.

“Pelakon itu mendakwa terima pesanan berunsur ugutan daripada bekas suami bertujuan untuk mengaibkannya di media sosial.

“Sehubungan itu pada semalam (Ahad), suspek telah hadir ke IPD untuk dirakam percakapan dan ditahan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan kertas siasatan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan dalam waktu terdekat.

Pada Ahad, Zarina Anjoulie telah memuat naik di Instagram beberapa bukti tangkap layar mesej perbualan yang mana Zarina bertanya sama ada dia perlu membayar Eilyas jika ingin diceraikan, sekali gus lelaki itu meletakkan harga bayaran berjumlah RM10,000.

“Inilah apa yang aku kena harungi. Dengan Yas (Eilyas), semuanya duit. Sebab itu, aku saja tawarkan nak pancing dia.

“Tapi, masa dia nak ceraikan aku bukan main letak dalam Instagram Story. Semua ini aku dah bagi kepada polis dan peguam,” tulisnya.

Pada hantaran sama, pelakon dan model itu turut berkongsi laporan polis yang dibuat mengenai tindakan Eilyas yang pernah memanjat pagar rumahnya untuk merakam gambar dan videonya dalam keadaan aib.

Zarina Anjoulie yang lebih mesra dipanggil Anju mendirikan rumah tangga dengan Eilyas pada 17 Julai tahun lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban selepas empat tahun bergelar ibu tunggal.

Sebelum itu, dia pernah mendirikan rumah tangga pada 2015, namun bercerai pada Disember 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Awangku Gabriel Martin Ezra. Sinar

‘Sabar aku ada had’ – Bekas suami Zarina Anjoulie

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker