UMNO Perak letak calon di kerusi Bersatu

KUALA LUMPUR: UMNO Perak akan meletakkan calon di tiga kerusi Parlimen yang sebelum ini dimenangi parti itu, kata Pengerusi Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad.

Beliau berkata, pihaknya akan meletakkan calon di Parlimen Larut, Bagan Serai dan Bukit Gantang yang sebelum ini dimenangi bekas pemimpin UMNO yang kemudian melompat menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“UMNO Perak kekal tegas walau apa pun yang bakal berlaku, justeru itu kita akan bertanding di Larut, malah kita bertanding di Bagan Serai dan juga Bukit Gantang,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden pada Persidangan Perhimpunan Agung UMNO 2020 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) di sini semalam.

Dalam masa sama, beliau mendedahkan tindak-tanduk Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang didakwa ‘mencuri’ ahli-ahli UMNO Bahagian Larut dengan menawarkan keahlian Bersatu.

Beliau berkata, perkara itu berlaku ketika Hamzah yang merupakan Ahli Parlimen Larut pulang ke kawasan.

Tentang habis-habisan, hapus LTTE

“Mengapa ahli UMNO juga yang diambil, tiada orang Melayu lain yang boleh diambil untuk menjadi ahli,” katanya.

Sebaliknya kata Saarani, situasi itu tidak pernah berlaku sepanjang terjalin kerjasama Muafakat Nasional (MN) antara UMNO dan Pas apabila masing-masing tidak pernah mencuri ahli.

“UMNO tidak pernah secara senyap-senyap mencuri ahli Pas. Pas juga tidak pernah mencuri ahli UMNO. Dalam pilihan raya, ketika UMNO bertanding, Pas dan seluruh jenteranya setia membantu.

“Sepanjang pertempuran di medan pilihan raya, Pas tidak pernah meletakkan calon Bebas untuk mengalahkan UMNO. Pendek kata, UMNO dan Pas keduanya saling menguatkan, bukan melemahkan,” katanya.

Beliau menjelaskan, hal ini kerana MN tidak dibentuk mengekalkan kuasa politik sebaliknya diwujudkan atas perpaduan ummah yang berpaksikan kepada sikap kejujuran dan keikhlasan.

Ujarnya, malah ia dibentuk ketika kedua-dua parti tidak mempunyai sebarang kepentingan apatah lagi diwujudkan semasa menjadi pembangkang.

UMNO Perak mahu tandingi semua kerusi dimenangi pengkhianat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker