Ada apa dengan Sharnaaz, Azira?

Ada apa dengan Sharnaaz, Azira?

Ada apa dengan Sharnaaz, Azira?

Rasanya bukan kali pertama soalan ini ditanya. Acap kali juga dua pelakon ini diaju pertanyaan sama. Mungkin sudah bosan dua orang ini menjawab, ‘kami kawan sahaja’. Begitulah rutin kontroversi bila melibatkan dakwaan bercinta.

Poklip bukan apa, cuma kadang-kadang dah bosan dengar jawapan sama. Asyik-asyik kami sahabat. Teman samata-mata. Habis yang ditayang kemesraan dan manja-manja itu apa? Sekadar ‘memenuhi’ imaginasi peminat? Begitu?

Sebolehnya Poklip tidak mahu mengungkit seribu satu kisah artis yang pada mulanya beriya menafikan kisah percintaan tapi tiba-tiba bernikah. Habis yang bukan main cakap ‘tidak, tolong jangan kaitkan kami lagi’ itu sekadar jawapan selamat ke?

Kalau sudah bercinta, tak salah pun mengaku. Bukan ada orang marah pun. Lagi-lagi kalau dua-dua masih solo, siapa kisah? Orang suka adalah. Peminat sekarang pun bukan main suka menggabungkan nama artis kegemaran mereka kan?

Macam dah sah bercinta! Hebat betul imaginasi dan kemahuan peminat tau. Tapi berpada-pada ya? Jangan sampai menceroboh hak privasi dan kehidupan orang lain. Minat itu biarlah berasas, jangan sampai obses. Tak baik.

Tapi Poklip tidaklah mendesak supaya Sharnaaz atau Azira mengaku bercinta kalau betul sekadar berteman. Mungkin itu cara mereka dekat dengan peminat. Yalah, kalau tidak buat apa buat sesi siaran langsung di media sosial bersama kan?

Kalau bercinta pun, tak salah untuk keduanya mengaku. Selagi tidak merampas sesiapa daripada tangan seseorang, rasanya orang pun tak kuasa nak cari pasal. Cuma kalau kes rampas merampas, bersiap sedialah dengan segala macam perisai ya.

Jabatan Netizen jangan dibuat main. Boleh rapuh jiwa, gugur segala kesabaran dan ketenangan kalau baca kecaman di media sosial. Segala macam kisah mereka korek. Itu belum bab cerita jiran sebelah rumah punya kawan punya abang kan? Apa pun, satu sahaja nasihat Poklip, berpada-pada. Bye! Utusan

Ada apa dengan Sharnaaz, Azira?


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Sharnaaz Ahmad Punca Keretakan Hubungan Azira Shafinaz De FAM Dengan Yasser? Ini Penjelasan Tuan Punya Badan..

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker