Solat tidak khusyuk, petanda awal bipolar – Janna Nick

Solat tidak khusyuk, petanda awal bipolar – Janna Nick

Solat tidak khusyuk, petanda awal bipolar – Janna Nick

Pelakon kontroversi Janna Nick menyedari masalah mental atau bipolar yang dialaminya selepas mendapati sering tidak khusyuk ketika solat.

Ujar Janna atau nama sebenarnya Nurul Janna Muner, 26, setiap kali ketika mendirikan solat, dia menjadi tidak fokus kerana terganggu dengan ‘suara’ dalam kepala yang sangat kuat.



“Solat pun susah khusyuk dan fokus sebab ada suara yang sangat kuat dalam kepala saya. Saya jadi tidak fokus sehingga saya tidak lagi mampu untuk tanganinya.

“Bila saya sudah tidak boleh kawal keadaan, itu yang menyebabkan saya berjumpa dengan doktor dan saya disahkan menghidap bipolar,” kata Janna dalam satu sesi siaran langsung bersama Miasa Malaysia, iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan untuk membantu penghidap masalah mental sebentar tadi.

Ujar Janna, masalah berkaitan kesihatan mentalnya telah terjadi sejak dia berada di bangku sekolah lagi, namun ketika itu dia tidak tahu dan faham tentang masalah yang dialaminya.

“Sejak sekolah saya mula menunjukkan tanda-tanda depresi. Cuma ketika itu saya selalu mencari alasan mungkin ada sesuatu yang saya mahukan dan selalu menyalahkan diri sendiri.



“Apabila dewasa, saya berada pada satu tahap tidak tahu untuk menyalahkan apa lagi. Sepatutnya saya bersyukur dan gembira sebab dah dapat apa yang saya mahukan,” katanya.

Dalam pada itu, Janna berkata situasi masalah bipolar yang dialaminya menjadi bertambah teruk sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, pelaksanaan PKP menyebabkan dia terpaksa menangguh beberapa kerjanya sehingga menjadi bertindih (banyak).

“Sampai satu tahap sehingga saya tidak ada masa rehat untuk diri sendiri dan menjadi terlalu penat,” katanya.

Dalam perkembangan lain, kekasih kepada pelakon Dini Azan Schatzmann itu berkata bahawa dia masih lagi dalam proses untuk mencari ubat yang sesuai untuk mengatasi masalah bipolar yang dialaminya.



Sejak disahkan bipolar, sudah empat kali dia menukar ubat-ubatan kerana berasa tidak sesuai untuk diambil ketika sedang bekerja.

“Sudah empat kali saya tukar ubat. Kerja saya sebagai pelakon memerlukan saya bermain dengan emosi yang sangat maksimum.

“Kalau sedih kena betul-betul sedih. Kalau marah saya kena jadi seorang pemarah. Tapi kalau saya ambil ubat, saya akan jadi tenang,” katanya.

Pelakon drama Marry Me Senorita itu bagaimanapun mengakui bahawa ubat-ubatan sangat membantu dirinya dan emosi untuk stabil.



“Saya akui ubat-ubatan ini sangat membantu pemikiran saya. Apa yang saya perlukan sekarang hanya ubat.

“Tapi disebabkan kerja, saya tidak boleh makan ubat. Saya masih tercari-cari lagi ubat yang sesuai dan dalam proses untuk berjuang untuk diri sendiri,” katanya.

Terdahulu Janna mendedahkan dia mengalami masalah gangguan bipolar selain mengaku pernah membuat cubaan bunuh diri ketika berusia 14 dan 15 tahun.

Janna menerusi satu hantaran dalam Instagramnya berkata, dia kini bergantung pada ubat anti kemurungan sejak hampir sebulan lalu.



Dalam satu kenyataannya, Janna mendedahkan bahawa kini menjalani rawatan dengan pakar sakit jiwa setiap minggu untuk mendapatkan rawatan susulan berhubung dengan masalah gangguan bipolar yang dialaminya. K Online

Solat tidak khusyuk, petanda awal bipolar – Janna Nick


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Janna Nick Tidak Perlu Berehat Jika Sihat – Penerbit Melodi



Related Articles

One Comment

  1. Aku yakin Janna jujur…pesan pada Janna….semua ubat psikiatrik buat relax dan mengantuk serta lapar! Pesan dia jangan makan Olanzapine….ubat mental yang boleh sebabkan sakit sendi dan lumpuh ….Semoga Allah bersama Janna ,aku, dan pesakit pesakit MENTAL….kami ada masalah jiwa dan ada pula masalah dikepala(mental) tapi kami bukan GILA! Yang gila sebenar adalah orang awam yang tak tau pahit maung sakit Mental ni ,tapi pandai pandai bercakap macam arif….itulah GILA!

    Semoga Allah melindungi Janna dan seluruh penghidap masalah Mental dan Jiwa!

    Dari aku

    OKU mental berdaftar JKM

    Fiz Skizerfonia

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker