Nabila Huda : Mahu Buat Kelas Lakonan Percuma

Mahu Buat Kelas Lakonan Percuma Buat Pelakon Baru, Usaha Nabila Huda Dipuji Ramai

Nabila Huda : Mahu Buat Kelas Lakonan Percuma – Usaha Nabila Huda Dipuji Ramai

Media Sosial ataupun ‘Influencer’

Baru-baru ini, timbul perdebatan mengenai bakat lakonan para personaliti media sosial ataupun ‘influencer’ yang kian memenuhi skrin televisyen tempatan.

Kebanyakn pelakon senior yang melalui jalan yang berbeza dan lebih sukar dahulu meluahkan rasa kesal kerana ‘influencer’ kini menjadi rebutan pengarah dan penerbit memandangkan pengikut media sosial mereka yang lebih tinggi.

Lain pula dengan Nabila Huda yang memahami dengan perubahan tersebut dan mendedahkan bakal menyediakan kelas lakonan percuma buat pendatang baru yang serius dengan kerjaya lakonan.

Dengan pendekatan tersebut, Nabila ataupun lebih mesra dipanggil Abil akan cuba mengasah bakat para pelapis ini menggunakan formulanya sendiri.

“Saya pun pernah melalui fasa berlakon tak pandai dari awal pembabitan tetapi saya belajar. Kalau nak marah mereka yang tiada atau kurang pengalaman pun tak boleh buat apa juga kalau kita tak tolong.

Abil mengharapkan agar ilmu pengetahuan yang bakal dicurahkannya ini mampu untuk membentuk pelakon yang baik, merendah diri dan jujur pada suatu hari nanti.

“Pelakon baharu semua adalah pelapis. Jadi kena jadi pelapis yang baik untuk bagi contoh pada generasi yang akan datang. Asas lakonan ini takkan pudar walau macam mana canggih pun dunia pada waktu itu. Percayalah, asas itu membantu!”

Hanya mahu mengecap Glamor

Pun begitu, pelakon wanita berbakat itu turut memberi peringatan agar melupakan hasrat untuk menjadi pelakon sekiranya hanya mahu mengecap glamor dan mengaut anugerah sahaja. Katanya, ia bukanlah penanda aras yang baik andainya tidak memiliki asas lakonan yang mencukupi.

Video ucapan yang mendapat perhatian ramai di Twitter itu nyata membuatkan para netizen kagum dengan Abil. Malah mereka memuji wanita itu yang tidak melatah dengan perubahan kriteria produksi kini dan cuba membantu sebaik mungkin.

Bagus betul usaha Abil ini kan?

Nabila Huda : Mahu Buat Kelas Lakonan Percuma


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Nabila Huda bengang India sokong Israel

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker