Suara Hati Istri dikecam perguna aktres usia 15 tahun

Suara Hati Istri dikecam perguna aktres usia 15 tahun

Suara Hati Istri dikecam perguna aktres usia 15 tahun

Pengarah dan pelawak terkenal Indonesia, Ernest Prakasa menyelar tindakan stesen televisyen Indosiar kerana mengeksploitasi pelakon bawah umur untuk melakonkan adegan dewasa dalam sebuah sinetron.

Beranggapan isu itu keterlaluan dan perlu ditangani segera, Ernest mendesak Suruhanjaya Penyiaran Indonesia (KPI) untuk mengambil tindakan segera.



“Banyak pihak ingin mengetengahkan isu ini, tapi mereka terikat dengan etika, kontrak pekerjaan atau perasaan tidak senang, maka izinkan saya bersuara.

“Wahai @indosiar, ini keterlaluan. Sangat amat keterlaluan. Pelakon Zahra itu usianya masih 15 tahun,” katanya di Instagram.

Sinetron Suara Hati Istri itu dikecam gara-gara Lea Ciarachel yang berusia 15 tahun menjayakan watak sebagai isteri ketiga seorang lelaki berusia 39 tahun.

Suara Hati Istri dikecam perguna aktres usia 15 tahun



Selain itu, Lea yang memegang watak sebagai Zahra turut melakonkan beberapa babak bermesra dengan suaminya itu di atas katil.

Untuk rekod, Lea masih berusia 15 tahun tapi pemilik nama penuh Lea Ciarachel Fourneaux itu diminta melakonkan watak gadis berusia 17 tahun dalam sinetron tersebut.

Ernest, 39, kemudian mendesak beberapa perkara utama harus dititikberatkan oleh penggiat industri hiburan dalam menghasilkan kandungan kreatif dan bukannya hanya mengejar rating semata-mata.

“Baiklah, penanda aras televisyen adalah rating, tapi adakah penanda aras manusia adalah hati nurani dan akal sihat?



“Adakah anda fikir ini wajar,” soalnya.

Suara Hati Istri dikecam perguna aktres usia 15 tahun
Ernest Perkasa

Sementara itu, Kompas melaporkan Timbalan Ketua Pengarah KPI Mulyo Hadi Purnomo berkata, pihaknya sudah menyiasat Indosiar berhubung isu terbabit.

Katanya, Indosiar berjanji untuk menggantikan Lea dengan aktres lain bagi menjayakan watak Zahra untuk episod akan datang dalam sinetron tersebut.



“KPI baru saja meminta keterangan daripada pihak Indosiar.

“Stesen televisyen itu akan menggantikan Lea dengan pelakon lain untuk episod berikutnya,” jelasnya. Mk

Suara Hati Istri dikecam perguna aktres usia 15 tahun


   Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Laksa buka pintu rezeki buat Hazama



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker