Dini Schatzmann hadiahkan Janna Nick skuter merah

Dini Schatzmann hadiahkan Janna Nick skuter merah

Sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-26 semalam, pelakon popular Janna Nick tidak dapat menahan rasa gembira selepas mendapat kejutan berupa hadiah sebuah motosikal jenis skuter berwarna merah daripada kekasih hatinya yang juga pelakon, Dini Azan Schatzmann.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner berkata bahawa dia berasa sangat gembira kerana kekasihnya itu selalu membuatkan dia bahagia.

“Hadiah hari jadi paling mahal. Terima kasih kerana selalu membuatkan saya berasa gembira. Terima kasih kerana selalu mencintai saya seadanya.

“Saya janji akan bawa awak keluar jalan-jalan lepas habis ‘lockdown’ ok,” tulisnya dalam Instagram.

Dalam perkongsian itu juga, Janna turut berkongsi hantaran sebuah video ketika dia diberi kejutan hadiah berupa skuter berwarna merah daripada Dini yang dihiasi dengan puluhan biji belon berwarna putih dan merah.

Menerusi video tersebut, Janna berkata bahawa dia sudah meminta Dini untuk tidak memberikannya apa-apa hadiah ketika hari jadinya kerana mereka sudah berjanji untuk menyimpan duit bagi membeli sebuah rumah.

“Saya dah bagitahu awak supaya tidak membeli apa-apa hadiah pada tahun ini. Awak kena simpan duit untuk beli rumah kita,” kata Janna.

Sementara itu, Dini berkata dia terpaksa menyambut hari jadi kekasih hatinya sehari lebih awal (31 Mei) memandangkan negara melaksanakan ‘total lockdown’ semalam.

“Saya harap awak suka. Impian saya adalah untuk membuatkan awak selalu tersenyum pada setiap tahun.

“Melihat awak gembira adalah segala-galanya bagi saya,” katanya.

Dalam pada itu, Dini juga berharap supaya Janna selalu berasa gembira dan bahagia bersama dengannya.

Untuk info, Janna sebelum ini memberitahu bahawa hubungannya dengan Dini hanya sekadar kawan biasa sebelum masing-masing mengakui sedang bercinta sejak Jun 2019. K Online

Dini Schatzmann hadiahkan Janna Nick skuter merah


   Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET

Dini Selalu Nampak Janna Nick Tertekan Tapi Kini Lebih Kuat.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker