Yang kena Covid itu hang! Yang bodoh tiba-tiba artis… my foot – Faezah Elai

Yang terlepas balik kampung masa raya, salah artis juga ke? – Faezah Elai

Faezah Elai meluahkan rasa marah apabila segelintir netizen asyik mengaitkan kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) dengan golongan selebriti.

Menerusi Facebook miliknya, Faezah atau nama sebenarnya Noor Faezah Md Elai, turut persoalkan tindakan netizen yang menyalahkan selebriti susulan kenaikan kes Covid-19 sedangkan ia berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab segelintir rakyat.

“Sakit pula hati bila tak ikut SOP, artis yang kena maki… kerana seorang dua artis habis semua kata ‘ikut SOP! Jangan jadi macam selebriti!’. Sekarang ini yang jalan jem hari itu balik kampung, artis ke?

“Yang terlepas balik berduyun-duyun sampai kes Covid naik kat pantai timur, artis salah juga ke? Minta surat kebenaran polis dengan alasan menipu, salah artis juga ke?

“Rasa-rasanya yang kena Covid ada sampai meninggal sebab manusia bangang yang balik kampung habis jangkit kat satu kampung, artis juga yang kena bodoh,” tulis pelakon drama siri Cinta Fatamorgana itu.

Isu selebriti melanggar SOP kini menjadi perbualan hangat netizen selepas pengacara dan usahawan terkenal Neelofa berdepan dengan beberapa tuduhan antaranya tidak memakai pelitup muka di sebalik purdah.

Selain Neelofa, selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi turut disiasat polis selepas didakwa melanggar SOP Aidilfitri apabila foto mereka dipercayai melakukan aktiviti ziarah raya pada 1 Syawal lalu menjadi tular.

Dalam pada itu, isteri kepada pengarah drama, Heykal Hanifah ini menganggap ramai rakyat Malaysia lebih gemar mencari kesalahan orang lain demi menutup kesilapan sendiri.

“Memang orang Malaysia ini jenis manusia yang suka cari salah orang lain untuk tutup salah sendiri ke macam mana? Yang terlepas balik kampung itu hang!

“Yang kena Covid itu hang! Yang bodoh tiba-tiba artis… my foot!”. MG

Neelofa kantoi rentas negeri lagi, kali ini didakwa ke Nilai 3 beli karpet

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker