Intan lantik peguam lawan Izreen Azminda, bekas suami
Intan lantik peguam lawan Izreen Azminda, bekas suami
Pempengaruh Intan Saleh yang juga bekas isteri pemuzik, Ude Wahid, bersyukur kerana mendapat bantuan guaman daripada peguam terkemuka, Mahmud Jumaat dan aktivis kemanusiaan terkenal, Mona Din dalam kes saman yang difailkan oleh bekas suami dan isterinya juga pelakon, Izreen Azminda. “Alhamdulillah, Intan dah ada peguam!,” tulisnya menerusi media sosial yang turut disertakan gambarnya bersama Mahmud dan Mona.
Dia juga turut mendedahkan bahawa ada menerima surat tuntutan daripada bekas suami dan Izreen atas hantaran yang dibuatnya sebelum ini.
Sementara itu, Mahmud yang juga Pengarah Advokasi Khidmat Guam berkata, pihaknya akan memberi khidmat terbaik untuk memberi keadilan kepada Intan dalam kes ini.
“Kami terpanggil untuk menghulurkan bantuan apabila Intan menerima surat tuntutan daripada pihak Ude dan Izreen atas tuntutan fitnah.
“Minggu lepas, pihak kami, mewakili Intan membalas surat tuntutan terbabit dengan menafikan tuntutan mereka sebaliknya pihak kami atas arahan Intan telah membuat tuntutan balas ke atas pihak Ude dan isterinya kerana melemparkan kenyataan berbaur fitnah ke atas anak guam kami,” katanya.
Terdahulu kontroversi dan perang dingin membabitkan Intan dan pelakon, Izreen Azminda menjadi perbualan hangat dan perhatian warganet di media sosial.
Bermula dengan konflik rumah tangga antara Intan dan Ude sehingga membawa kepada perceraian mereka, ia tidak terhenti biarpun mereka mengambil keputusan bercerai.
Konflik yang turut membabitkan Izreen ini terus berlarutan dan pada Januari lalu mereka dilihat saling berbalas-balas kenyataan di media sosial berhubung beberapa isu berbangkit.
Kemuncaknya, Izreen tampil membuat perkongsian di Instagram mendakwa akan mendedahkan perangai sebenar Intan.
Dia juga mendakwa Intan masih belum boleh melupakan bekas suaminya, Ude.
Izreen juga melahirkan keinginan mahu berdepan dengan Intan untuk berbincang serta dia juga sudah menyerahkan perkara terbabit kepada peguamnya. HM
Intan lantik peguam lawan Izreen Azminda, bekas suami
Baca Artikel Menarik:
- Najib sengaja tidak dibebaskan?
- Sokong kepimpinan baharu, Sulaiman beritahu rakyat Melaka
- Hujah padu dan satu-satunya Hakim yang berpihak kepada Najib Razak
- Mia Sara tanggal tudung, berparti?
- I am such a bad husband – Remy Ishak
- Afiq Muiz sudah tiga kali lafazkan cerai – Pachara
- Jailani lupa punca kerajaan tebuk atap pada 2020 – Dr Akmal
- Lelaki ditangkap asyik rakam wanita mandi
- Saintis temui lohong hitam 33 bilion kali lebih besar daripada Matahari
- Aliff Syukri buat kontraversi lagi, kini ‘terkinja-kinja’ muzik video raya
- Afiq Muiz ‘londeh’ perangai sebenar isteri
- Sulaiman Md. Ali ‘buka mulut’ mengapa beliau meletak jawatan
- Biodata Artis Pachara Apin, Profail dan Latar Belakang
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Lelaki Paling Dayus – Pachara Dedah Betapa Kejamnya Afiq Muiz