Dua hari dilancarkan, Butter nyanyian BTS raih lebih 157 juta tontonan


KUMPULAN Kpop terkenal, BTS baharu sahaja melancarkan single kedua berjudul Butter pada Jumaat lalu.

Malah, muzik video mereka yang turut dimuat naik pada hari sama telah meraih lebih 157 juta tontonan sehingga artikel ini ditulis.

BTS yang dianggotai tujuh jejaka itu, menyimpan impian lagu tersebut akan mengulangi kejayaan Dynamite yang pernah tercalon dalam Anugerah Grammy.

“Kami berharap untuk memenangi trofi di Anugerah Gammy. Ia antara matlamat dan misi kami selepas melancarkan single Inggeris,” kata mereka ketika sidang media pelancaran single tersebut di Seoul Olympic Hall, Korea selatan.

Untuk rekod, Dynamite sebelum ini tercalon dalam Anugerah Grammy ke-63 dalam kategori Persembahan Pop Duo/ Kumpulan Terbaik yang berlangsung pada Mac lalu.

Namun BTS terpaksa berputih mata apabila trofi tersebut berjaya diraih oleh penyanyi Lady Gaga dan Ariana Grande menerusi lagu Rain On Me.

BTS yang dianggotai oleh RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V dan Jungkook mula ditubuhkan pada 2013. Utv

Biodata dan Latar Belakang BTS

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker