Covid lepas pukul 8pm baru muncul – Janna Nick

Covid lepas pukul 8pm baru muncul – Janna Nick

Masih kena kerja, Janna Nick perli siapa? -“Covid lepas pukul 8pm baru muncul”

Setiap hari angka kes positif Covid-19 semakin menunjukkan peningkatan. Jumlah kematian juga kian bertambah hingga Hospital Sungai Buloh terpaksa menyediakan kontena khas menempatkan mayat pesakit wabak ini.

Oleh itu, terdapat syarikat-syarikat yang prihatin dengan nasib pekerja telah mengambil keputusan membuat self lockdown demi kebajikan semua.

Kerja sambil tanggung risiko

Namun, ada juga yang masih terpaksa bekerja walaupun kes belum menunjukkan penurun. Hal ini turut berlaku dalam kalangan selebriti yang menyelesaikan tugas dan terdedah kepada risiko jangkitan.

Oleh itu, pelakon dan juga pengacara Melodi, Janna Nick telah menyuarakan kerisauannya yang masih perlu bekerja tanpa memakai pelitup muka di set pengambaran.

“Self lockdown! Cantik!”
“Mari lah kita bekerja sambil ambil risiko tiap hari sambil berdoa agar tak bawa balik virus dekat family. Shooting pulak tak boleh pakai mask…Lagi cantikkk”
“Covid pun lepas pukul 8pm baru muncul…” tulisnya.

Prosedur hilang ke mana pulak?

Dalam pada itu, pelakon tersebut juga telah menulis di IG storynya dengan meminta pihak produser untuk sama-sama berada di lokasi pengambaran dan mengambil risiko penularan tersebut bersama-sama krew dan pelakon yang menjayakan projek seni itu.

“Saya harap producer boleh sama-sama ada dekat set, kita ambil risiko sama-sama ok,” tambahnya lagi.

Sebentar tadi, kerajaan Malaysia telah mengumumkan mengetatkan lagi prosedur operasi standard (SOP) bagi Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) 3.0 bagi mengelakkan penularan lebih meluas dalam kalangan rakyat Malaysia.

Hal ini susulan peningkatan kes sehingga mencecah 6,000 lebih kes setiap hari dengan kemunculan-kemunculan kluster baru setiap hari.

Sumber: Janna Nick

Covid lepas pukul 8pm baru muncul – Janna Nick


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET

Janna Nick dedahkan hidap bipolar, dua kali cuba bunuh diri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker