Polis tahan ibu susulan anak autisme terjun dari tingkat 1

Polis tahan ibu susulan anak autisme terjun dari tingkat 1

Polis menahan ibu kepada remaja lelaki autisme berusia 13 tahun yang jatuh dari tingkat satu atas kesalahan mengabaikan anak, dalam kejadian di sebuah pangsapuri Taman Melawati.

Susulan kejadian, mangsa menerima lima jahitan serta mengalami retak pada tangan dan muka.



Ketua Polis Ampang Jaya Mohamad Farouk Eshak, berkata suspek pada mulanya menerima panggilan daripada bekas suaminya pada 8.32 pagi memaklumkan anak mereka terjun dari tingkat 1 kediaman itu.

“Mangsa telah terjun dari kediaman dan jatuh di atas kereta. Dia yang telah mengalami kecederaan iaitu lima jahitan di bahagian kepala, tangan sebelah kanan, serta kesan retak pada tangan dan muka kini sedang dirawat di wad 5D di Hospital Ampang,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, dipercayai ketika kejadian, suspek meninggalkan mangsa seorang diri selama dua hari.

“Suspek telah tinggalkan mangsa seorang diri di kediaman sejak dua hari lalu kerana membawa anak perempuan pengadu yang berumur lima tahun pergi latihan renang dan bermalam di hotel di Damansara,” katanya.



Menurutnya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Ampang, esok, bagi permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

“Kes disiasat bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang merujuk kepada kesalahan penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak.

“Hukuman bagi Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 memperuntukkan denda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menasihati kepada orang ramai supaya tidak terlibat dalam apa-apa perbuatan penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak kepada bahaya. FMT



Polis tahan ibu susulan anak autisme terjun dari tingkat 1


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3



Soo Wincci rasa tenang masuk masjid

Kehilangan pasangan hidup selepas 19 hari berkahwin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker