Ain Edruce & suami timang bayi perempuan


Ain Edruce & suami timang bayi perempuan. PELAKON dan pengacara, Ain Edruce selamat melahirkan cahaya mata sulung pada pukul 1.30 pagi semalam.

Bayi perempuan seberat 2.79 kilogram (kg) itu dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya.

“Awalnya saya meneka bakal dapat anak lelaki manakala suami pula menebak anak sulung kami perempuan.

“Nampaknya tekaan suami saya betul. Kami menyambut tanda cinta ini dengan penuh kesyukuran,” katanya kepada URTV.



Sementara itu, isteri kepada Amiul Hafiz Mustaffa ini tidak menyangka telah bergelar ibu.

“Memang kalau cakap dah jadi ibu, saya sendiri rasa macam di awang-awangan. Tapi sudah tentu saya dan suami mengharapkan rumah tangga kami akan diserikan dengan kehadiran cahaya mata sulung.

“Harapnya tanggungjawab baru ini akan saya pikul sebaik mungkin, Insya-Allah.

“Syukur proses kelahiran anak sulung kami dipermudahkan,” ujarnya.



Sebelum ini, aksi Ain yang berkongsi video di aplikasi TikTok ketika sedang menanti kelahiran anaknya telah menarik perhatian netizen. Utv

Ain Edruce & suami timang bayi perempuan


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Ain Edruce Sempat Main TikTok Tunggu ‘Baby’ Keluar

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker