Intan Saleh masih pendam hati, belum maafkan Izreen Azminda? – “Mana mungkin boleh melupakan…”


PELBAGAI reaksi dilontarkan tatkala pelakon Izreen Azminda membuat permohonan maaf secara bersemuka dengan bekas madunya, Intan Liana Saleh dalam program Melodi Raya yang disiarkan di TV3, semalam.

Ada yang memuji sikap mereka yang begitu profesional dan berani untuk bertentang mata selepas apa yang telah berlaku sebelum ini. Namun ada juga yang berfikiran sebaliknya apabila netizen berpendapat situasi tersebut hanya akan mengeruhkan lagi keadaan yang sudah sekian tercalar.

Meskipun, Izreen sudah memohon maaf, namun Intan dilihat seperti memberi bayangan jika masih memendam hati menerusi perkongsian yang dimuat naik di akaun Instagramnya.

“Niat itu seperti surat. Salah tulis alamat, akan sampai salah tempat. Setiap orang akan kembali kepada apa yang diniatkan. Jadi, betulkan niat.

“Selagi tak ada rasa bahagia, selagi ada kesulitan. Mana mungkin boleh melupakan.

“Lihat pada situasinya, jika ikhlas hanya Allah, aku dan dia,” luahnya.

Susulan itu, ramai pengikut Intan membuat andaian jika coretan itu berkaitan dengan pertemuan dirinya dengan Izreen ketika rakaman Melodi Raya itu.

Menerusi semakan URTV, komen aktres dan penerbit Nazia Mustafar menjadi perhatian ramai apabila dia mengatikan situasi yang berlaku sekadar sandiwara semata-mata dan turut memetik akaun Instagram pelakon Rita Rudaini.

“Kesian adik aku ini kena ‘game’, permainan demi permainan @ritrud727, haaa…kan nampalah konon-konon baik nak minta maaf, orang akan kata kau pula yang tak nak maafkan tapi orang tak tahu apa jadi selama ini,” tulisnya.

Intan merupakan bekas isteri kepada pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude Wahid. Mereka bernikah pada 1 Mac 2013 dan bercerai talak satu pada 22 Mac 2018.

Mereka bercerai selepas Ude berkahwin dengan Izreen pada 8 Ogos 2017 dalam sebuah majlis tertutup. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Arish Muqri,7 dan Ariq Muqri,4.

Izreen yang kini hamil lima bulan untuk kali ketiga dan anak keduanya bersama Ude. Sebelum ini mereka dikurniakan anak sulung bernama Aaron Ibrahim yang berusia dua tahun.

Selain itu, Izreen juga memiliki seorang lagi anak lelaki, Adrian Umar yang merupakan hasil perkahwinan terdahulu. Utv

“Kami Memang Selalu Bergaduh”- Sharnaaz Mula Buka Cerita Hubungan Sebenar Dgn Shuib

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker