SOP: Norman, Abby tinggal sekali ke?


KUALA LUMPUR – Tindakan pelakon Norman Hakim memuatnaik gambar seisi keluarga bersama bekas isteri telah mengundang persoalan netizen tentang pematuhan prosedur operasi standard (SOP) kerajaan yang tidak membenarkan sesi ziarah ketika Aidilfitri.

Berdasarkan satu hantaran foto yang dimuat naik pelakon itu dalam Instagramnya, kelihatan Norman bersama isteri, Memey Suhaiza dan anak-anak bergambar bersama keluarga bekas isterinya iaitu penyanyi dan juga pelakon, Abby Abadi.

Turut berada di dalam gambar tersebut adalah suami kepada Abby iaitu Muhammad Faizal Zakaria serta anak angkat mereka dengan jumlah individu yang berada dalam gambar tersebut adalah seramai 13 orang.

Netizen mula mempertikaikan kehadiran Abby dan suami serta anak-anak mereka berada dalam satu kediaman bersama Norman dan juga Memey.

Sementara itu, Norman telah menutup ruangan komen pada gambar tersebut berkemungkinan selepas mendapat tekanan daripada pengikutnya dalam Instagram.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 44, pula telah menukar status Instagramnya kepada mod privasi.

Pada 10 Mei lalu, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan PKP di seluruh negara selain tidak membenarkan aktiviti ziarah rumah ke rumah dan ziarah kubur bermula 12 Mei sehingga 7 Jun ini. MG

Bayar balik duit saya RM160,000 – Abby Abadi kena tipu beli tanah

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker