Resepi Kuah Kacang Che’ Nom

Resepi Kuah Kacang

Resepi Kuah Kacang Oleh: Che’ Nom

  • Masa Penyediaan: 20 minit,
  • Masa Memasak:30 minit,
  • Jumlah Hidangan:10 orang

Resepi Kuah Kacang yang sangat sedap dan agak mudah bagi Che Nom. Kuah kacang yang sedap haruslah mempunyai rasa pedas, lemak, masin dan manis yang secukupnya. Bagi tekstur pula, kacang tanah dikisar kasar dan minyaknya pecah dan terapung elok di dalam kuah menandakan kuah dimasak dengan masa yang secukupnya dan bakal tahan lama jika disimpan. Kuah kacang ini boleh dihidangkan bersama satay dan sedap dimakan bersama nasi himpit atau juga bersama kuah lontong. Di hari Lebaran, kuah kacang menjadi pelengkap kepada nasi impit dan lemang. Kalau di sebelah utara, adalah sesuatu kebiasaan kuah kacang dihidang bersama cucur udang. Anda harus cuba resepi ini.

Bahan-Bahan:

  • 1 kg kacang tanah
  • 15 biji cili kering, buang biji,rendam air panas dan kisar halus
  • 2 keping gula melaka
  • 1 mangkuk kecil air asam jawa
  • garam secukup rasa
  • Bahan untuk hiris nipis:
  • 14 biji bawang merah
  • 7 ulas bawang putih
  • Halia – 2 inci
  • Lengkuas – 2 inci
  • Serai – 2 batang

Cara Penyediaan:

  1. Goreng kacang tanah dalam minyak. Angkat dan sejukkan kemudian kisar kasar.
  2. Goreng bahan hiris nipis dalam sedikit minyak sehingga naik bau. Angkat dan kisar halus bersama sedikit air.
  3. Panaskan minyak anggaran 3 senduk besar dan masukkan bahan kisar halus bersama cili kisar. Goreng sehingga cili masak pecah minyak.
  4. Masukkan kacang tanah dan air secukupnya. Masak sehingga mendidih.
  5. Masukkan gula melaka, air asam jawa dan garam secukup rasa. Teruskan masak sehingga minyak timbul di permukaan dan kuah menjadi pekat.

Tips:

  • Kacang tidak perlu dibuang kulit. Goreng dengan api perlahan sehingga sedikit keperangan tetapi hati-hati supaya kacang jangan sampai terlebih goreng kerana nanti akan ada rasa pahit. Rasa pahit itu nanti akan mempengaruhi rasa kuah dan kurang enak.

 


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


Resepi Daging Bakar “Harimau Menangis” @ “Sua Rong Hai”

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker