‘Jangan la jadi netizen yang kurang bijak’ – Awie


Kuala Lumpur: “Janganlah jadi netizen yang kurang bijak. Jadilah netizen yang bijak supaya boleh memeriahkan lagi penulisan dan boleh membantu meningkatkan lagi industri apa yang mereka sokong dan mereka suka.”

Itu kata penyanyi dan pelakon popular, Datuk Awie mengenai reaksi netizen di media sosial berhubung video isu pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) di majlis Misi Kemanusiaan Datuk Awie bersama Sayap-Sayap Wings di sebuah hotel di Melaka yang tular, Ahad lalu.

Awie berkata, apa saja alasan yang diberikan, mereka yang tidak tahu apa-apa akan terus menghina dan menghentam seperti tiada agama.

“Tapi apa boleh buat kerana kebebasan menulis dan mereka sudah ada Jabatan Netizen kononnya. Kalau setakat menulis seperti orang kurang bijak, buat apa nak tunjukkan kebodohan itu kepada cucu-cicit kita. “Saya nasihatkan supaya siasat dulu apa benda yang boleh diceritakan. Kalau tak tahu main hentam saja sudah jatuh hukum fitnah dan hukumnya apa?,” katanya kepada Harian Metro.

Penyanyi kumpulan Wings ini juga meminta supaya netizen jangan terlalu gelojoh hanya kerana mahu menunjuk hebat di alam maya.

“Pada saya kelakar dan tak seram apapun sebenarnya. Ia jadi bahan kelakar. Kasihanlah diri kalau tulis nak orang ketawa. Dia nak kutuk orang tapi akhirnya orang kutuk dia semula. Saya harap mereka rasional. Boleh fikir secara elok.

“Jangan kalau artis buat saja mereka hentam, tapi tak tahu apa benda cerita dari awal. Hanya tengok di tengah-tengah dan awal serta penghujung tak tahu cerita,” katanya.

Awie berkata, paling menyedihkan kerana golongan ini sebangsa dan seagama dengannya.

“Saya sedih sangat. Peringkat awal saya hidup sebagai penyanyi rock, saya main rembat (hentam) tak tahu apa-apa. Saya menyanyi sahaja, tapi di peringkat sekarang dengan usia saya 53 tahun, adakah budak-budak umur 20-an ini boleh mencaci-cerca kepada satu perubahan yang positif yang nak dilakukan?

“Adakah ibu bapa mereka tidak ajar mengenai adab? Kasihan ibu bapa mereka. Budak-budak Melayu sekarang kurang adab. Melayu tinggi adabnya dan kurang biadapnya bak kata Hang Tuah,” katanya.

Awie juga menyeru netizen kembali kepada adab supaya Malaysia lebih harmoni, gembira serta kembali kepada silaturrahim yang makin pupus.

“Semua sekarang mengikut emosi. Bila ikut emosi, pentadbiran, persahabatan dan silaturrahim akan rosak.

“Satu lagi, jangan gila ‘likes’ sangat. Sekarang semua gila ‘likes’ dan nak tarik perhatian masyarakat sedangkan benda itu tak elok pun. Hanya untuk cari populariti, sanggup buat benda yang tak elok,” katanya. HM

Kompaun RM5,000 membeli belah di pasar raya pakai gelang ‘pink’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker