Fiza Halim Bercerai – Diceraikan Melalui WhatsApp

Fiza Halim Bercerai = Diceraikan Melalui WhatsApp

Fiza Halim Bercerai talak satu dengan suami – Diceraikan Melalui WhatsApp. Sebelum ini, bekas anggota kumpulan Elite iaitu Fiza Halim telah terpalit dengan satu kontroversi yang mendakwa rumah tangganya sedang ‘bergolak’. Perkara ini mula diperkatakan selepas tindakan Fiza memadam kesemua gambar suaminya, Aizat Al Jefri di Instagram.

Reda jodoh tak panjang – “Harap jangan dihina saya lagi”

Terbaru, segala persoalan mengenai status Fiza akhirnya terjawab selepas penyanyi ini mendedahkan dirinya sudah bercerai.

3 Kali Gagal Dalam Perkahwinan, Fiza Halim Diceraikan Melalui WhatsApp

Fiza Halim Bercerai

Menerusi laporan BH Online, Fiza Halim mengakui sudah sah bercerai talak satu dengan suami, Aizat Al Jefri pada 22 Julai lalu. Siapa sangka, perkahwinan ketiganya bersama juruterbang berstatus duda anak dua itu bertahan hampir empat tahun sahaja sejak mendirikan rumah tangga pada Disember 2016 yang lalu. Difahamkan, hasil daripada perkahwinan tersebut, Fiza dan Aizat dikurniakan seorang cahaya mata yang hampir berusia tiga tahun.

Saya ambil masa untuk merungkai perkara sebenar. Ia bukan mudah. Baru sekarang saya ada kekuatan untuk mendedahkan status diri.

Kami bercerai talak satu. Saya diceraikan melalui aplikasi WhatsApp. Punca atau sebab kenapa kami berpisah, biarlah saya simpan dan tanggung sendiri. Saya tidak mahu membuka aib sesiapa.

Menurut Fiza dia redha dengan takdir yang sudah tertulis untuknya ini tetapi dia pasti ramai yang memberikan tanggapan buruk kepadanya lebih-lebih selepas tiga kali gagal dalam perkahwinan.

Reda ikatan perkahwinannya dengan juruterbang itu tidak panjang, Fiza berkata perceraian ini merupakan ujian dan dugaan hidup yang dilaluinya sebagai manusia biasa.

3 Kali Gagal Dalam Perkahwinan, Fiza Halim Diceraikan Melalui WhatsApp

Harap tiada lagi fitnah dan hinaan

Justeru itu, Fiza atau nama sebenar Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 43, memohon tiada lagi tnah dan hinaan dilemparkan terhadapnya selepas perkahwinan ketiga ini berakhir.

“Harap tiada lagi fitnah dan hinaan di luar sana kepada saya. Saya hanya manusia biasa yang tak lepas dari dugaan dan cubaan hidup ini.

Harap jangan dihina saya lagi… doakan yang baik-baik untuk saya dan anak-anak,” tulisnya menerusi Instagram pada Isnin.

“Ini bahagian saya. Saya terima segala ketentuan dan takdir yang sudah tertulis untuk saya… hanya reda dan pasrah yang dapat saya ucapkan

Dalam pada itu itu, Fiza mengakui awalnya sukar untuk dia menerima hakikat sudah kembali hidup sendiri.

Namun dia bangkit untuk kembali membesarkan anak-anak dan melalui ujian ini dengan hati tenang.

“Mata mengantuk, tapi tak boleh nak tidur. Otak seolah olah berjalan memikirkan itu ini. Termasuk nasib saya. Saya hilang arah dan terkapar kapar memikirkan pengakhiran hidup nanti bagaimana.

“Namun saya bersyukur ada yang datang membuka jalan untuk menggalakkan diri menyertai cabang kerja baru… mungkin saya akan mempertimbangkan kerja itu.

“Cuma saya belum terkir nak berlakon atau bernyanyi semula setakat ini. Selama ini pun, saya juga membuat ulasan produk dan perkhidmatan di Instagram. Saya juga terbuka jika ada tawaran bergelar duta selepas ini,” ujarnya.

3 Kali Gagal Dalam Perkahwinan, Fiza Halim Diceraikan Melalui WhatsApp

Bekas suami beri perhatian

Dalam pada itu, Fiza meluahkan rasa syukur kerana bekas suaminya, Ahmed Farriq Zainul Abidin telah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa yang sangat baik selain memberi perhatian kepada dua orang anak mereka iaitu Ferra Aryana berusia 13 tahun dan Feeya Adyrra 12 tahun.

Terdahulu, selepas empat tahun melayari bahtera perkahwinan, Fiza dan Ahmed Farriq telah bercerai pada tahun 2010 dan pada Disember 2013, Fiza telah mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia (AF) iaitu Adam. Tetapi hubungan perkahwinan tersebut tidak berkekalan dan pada April 2014 mereka membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing.

Sumber: BH Online  & Mstar

Fiza Halim Bercerai talak satu dengan suami


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


ISU – SAIFUL APEK ‘PEGANG TANGAN’ FIZA HALIM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker