[VIDEO] Temui Kura-Kura Selebriti Dengan Perjalanan Yang Panjang Dan Perlahan

Temui Kura-Kura Selebriti Dengan Perjalanan Yang Panjang Dan Perlahan [VIDEO]

Mirror UK melaporkan, video Bon-chan, kura-kura baka Afrika kepunyaan pengarah rumah pengebumian, Mitani Hisao, 68, tular selepas dimuat naik seorang pengguna TikTok, @sugiomart.

Video meraih lebih tujuh juta tontonan itu menunjukkan Mitani membawa Bon-chan bersiar-siar di ibu negara Jepun itu.



Ia membuatkan mereka menjadi tumpuan hingga ramai berminat mengambil gambar lelaki itu dan kura-kuranya, di tempat awam.

Menerusi temu bual bersama Play Tokyo pada tahun 2019, Hisao berkata, kali pertama dia membawa Bon-Chan bersiar-siar adalah ketika haiwan peliharaannya berusia 10 tahun, kira-kira 13 tahun yang lalu.

“Kami menggunakan tiga laluan berbeza… yang pertama… selama beberapa tahun kemudian melalui jalan lain dan kini bersiar di pusat perniagaan,” katanya.

Baca Artikel Menarik



Layari Laman Facebook My KMU NeT


 

LIHAT VIDEO DIBAWAH:-

Menceritakan perihal Bon-Chan, Mitani berkata, saiz haiwan peliharaannya itu hanya sebesar tapak tangan ketika kecil.

Namun, Bon-Chan membesar dengan pantas dan beratnya kini mencecah 70 kilogram.



“Saya sangkakan Bon-chan akan membesar dengan perlahan sepanjang tetapi tumbesarannya pantas ketika berusia 10 tahun.

“Bon-chan boleh hidup lebih lama daripada saya, kemungkinan 100 tahun jadi saya harus segera menemui pemilik baru.

“Saya harap akan ada individu yang sudi memeliharanya dan semoga saya dapat membawanya berjalan untuk 10 tahun lagi,” katanya.

Sumber: TikTok



Temui Kura-Kura Selebriti Dengan Perjalanan Yang Panjang Dan Perlahan [VIDEO]

[VIDEO] Gelagat Zizan Razak Terserempak Dengan Ular Sawa Di Tengah Jalan Raya Undang Pelbagai Respon Dari Netizen 🤣🤣

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker